Showing posts with label Perempuan. Show all posts
Showing posts with label Perempuan. Show all posts

Monday, May 25, 2015

sendu yg lawak :)

Lawakla, penat lelah seharian belek tulisan lama..
malu pn ada..
aku tetap akn biarkan semua disitu
itu masa silam aku.
biarkan buat anak2 mengenali ibu mereka
biarkan buat suami jika rindukn isteri yg mngkn pergi dulu.

Aku jarang sendu di sini, tp ada yg sendu membaca.
Lawak la!

Amanah Allah dalam rahim ini semakin hebat berkungfu
moga selamat kamu anak

nanti aku sambung lagi, x yah sendu sgt.
yakin pasti janji Tuhan.
ada yg selayaknya pinjaman utk aku, kau dan dia.

Redha.

macam mana nak redha?
Tanya hati.Minta dari Dia


Assalamualaikum.



Tuesday, March 26, 2013

Wahal Wanita Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim..
Betulkan aku jika penulisan ini ada salahnya..aku baru berlajar dan ingin berkongsi..


Muslimah,muslimat..adalah panggilan utk wanita beragama islam..Wahai kaum muslimah ku sayang,wanita adalah kunci kebaikan sesuatu umat.Wanita bagaikan batu bata pembangun generasi manusia.Jika baik kita, maka baiklah generasi, namun jika rosak, maka rosaklah la generasi.

Maka dengan itu, marilah kita semua menjadi wanita yang menjunjung tinggi amanah Allah SWT serta taat menjalankan sunnah Rasulullah SAW.

Allah menciptakan manusia dalam jenis wanita dn lelaki dengan memiliki kewajipan yang SAMA iaitu beribadah kepadaNya. Allah menempatkan wanita dn lelaki dlm kedudukan masing-masing..Di antaranya ialah lelaki di cipta utk menjadi pemimpin kpd wanita..mana kala wanita pula di ciptakan dgn nama Allah sebagai anggota dlm tubuh badannya..iaitu rahim..'ar-rahim' maha penyayang..ini membuktikan wanita itu ada sifat penyayang yg sgt tinggi dalam diri..kerana itulah wanita di gelar ibu, kerana itulah wanita menjadi tonggak semangat utk suami di medan perang..

Allah SWT berfirman :
"Dan lelaki itu tidaklah sama dengan perempuan......."
(Al-Imran : 36 )

Allah SWT telah memuliakan wanita dgn memerintahkan kita semua untuk menutup aurat.

Dari Abu Said Al-Khudri ra, Rasulullah SAW bersabda : "...berhati-hatilah dengan wanita, kerana wanita itu sendiri adalah fitnah dunia..."

Maka di turunkan perintah dari Allah SWT, untuk wanita menjaga kehormatan diri..dan adalah di wajibkan kepada kita untuk menutup aurat.

Allah SWT berfirman :
"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya..."

Rasulullah SAW menceritakan dalam peristiwa di angkat ke langit :
Wanita adalah makhluk Tuhan yang paling mudah masuk syurga, dan wanita juga adalah penghuni paling ramai dlm nereka..

Rasulullah SAW bersabda :
wanita jagalah solatmu, jagalah puasamu, jagalah auratmu, dan taatlah perintah ibu bapa atau yg sudah berkahwin, taatlah perintah suamimu..maka masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu yang mana kamu suka..

Mudah..ia terlalu mudah syurga untuk kita wahai muslimahku sayang..apa lagi yang bertabaruj untuk dunia? Sedangkan syurga itu begitu mudah untuk kamu?

Jangan...jangan kita semua juga perlu ingat..syurga itu Tuhan mudahkan untuk kita..knapa kita sering kali memilih jalan mudah ke neraka? Ingatlah wahai wanita, Rasulullah telah menyaksikan penghuni neraka itu sanagt ramai di kalangan wanita...

Ya Allah ampunkan la dosa-dosa kami..kembalikanlah kami ke jalan kemudahan untuk ke syurgaMu..jauhilah kami sejauh jauhnya dari nerakaMu..amin.

Janganlah kamu bersifat zalim, samaada pada diri sendiri atau sesama mahkluk, kerana Allah juga akan membalas kezaliman itu dengan kezaliman..[Habib Ali Zainal Abidin]

Selamatkanlah kami semua Allah...!





Tuesday, October 23, 2012

Fesyen Tudung

Ini pengalaman sebenar..ketika aku di lemparkan cacian aku kira..tentang hijab atau lebih mudah orang melayu kenal tudung..ya tudung yg aku pakai..untuk menutup apa yg di wajibkan tutup...

" Weh, tudung kau tak ikut fesyen lah! mcm orang kampung...mana ada org pakai tudung mcm kau lagi..kau ddk kl...kene la pkai tudung berfesyen mcm orang kl "

Wahhh kedengaran riak dan tinggi benar suara tadi...aku hanya diam dan lontarkan senyuman..kerana yang melakukan perbuatan itu adalah seorang wanita yang lebih umurnya 10 thn dari aku..jadi demi menjaga rasa hormat dan sopan santun aku padanya...aku ambil keputusan senyum sahaja...Ya, senyum tak perlu kata apa-apa..

Pada pendapat aku begini...aku tak pernah kesah dengan fesyen tudung yang aku pakai..asalkan tudung yang aku pakai ini dapat menutup aurat ku dengan sempurna..aku tahu yang kini mungkin belum sempurna, tapi aku biarkan pada Dia yang sempurna utk menilainya...
Menutup aurat adalah wajib ke atas semua hambaNya..tidak kira lelaki mahupun perempuan..yang membezakannya ialah batas aurat tersebut..sedia maklumlah..klw di tanya pada anak tadika silap2 kau kene sekolah balik..yang lelaki auratnya yang wajib di jaga ialah dari pusat hingga ke lutut..yang wanita pula..aurat yang harus di jaga ialah semue sekali kecuali muka dan pergelangan tangan...maka dari itu...pemakaian tudung adalah wajib...tidak pula di sertakan dalam surah an-nur.."tutuplah dadamu dengan kain yang berfesyen" aku dah bersyarah mcm ustazah pilihan...langsung tak pernah aku terfikir nak jadi begitu...waaaaa!

cuma aku terfikir agaknya bila mati nanti, ada ke malaikat akan menegurmu, wahai si mati, kain kapan mu x ikut fesyen terkinila?? satu pasal la pulak si mati nak bangun request nak tukar kain kapan...parahhh macam ni...

aku ingin tekankan di sini..aku bukan ustazah pilihan..mengaji sekolah agama pun aku ponteng-ponteng pegi bercinta...jadi maafkan lah aku sekiranya ada salah dan silap dalam penulisan aku yang menyentuh sedikit tentang agama..

dan jika ada di antara mereka yang terlibat terbaca entri ini...aku mohon maaf juga...sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui niat aku..



Friday, January 27, 2012

Eksperimental Dunia - lelaki vs wanita

Lelaki dan wanita adalah mahluk ciptaan Tuhan. Indahnya setiap ciptaan itu lahir dari kreativiti agong Sang Pencipta.Apa saja yang di ciptakan olehNya berpasang-pasang..AL LAH - 2 perkataan, Allah dan Rasulullah - 2 gandingan Pencipta dan kekasihNya , degupan nadi..Dup Dup - 2 kali, 2 tangan, 2 kaki, 2 mata, 2 telinga, 2 lubng hidung..tapi 1 mulut..apalah salahnya kurang mulut berbanding yang lain ..dapatlah kita kurangkan berkata-kata,kerana bila banyak berkata-kata khuatir ia hanya menjadi dusta nista yang menyakitkan.

Sebenarnya untuk menulis entri ini , sedikit eksperimen telah aku jalankan..sebab tu la tajuk entri ni eksperimental dunia..jadi sila sediakan checklist anda, kita check sama-sama ia benar atau tidak,jika tidak..tanpa segan silu anda punya ruang utk membetul kan saya..

Yang bernama lelaki itu di angkat sebagai ketua kerana ego yang sangat tinggi dalam diri secara semulajadi, samaada sedar atau tidak..manakala yang bernama wanita pula sangat penuh dengan emosi,yang saban hari mewarnai drama di atas pentas dunia ini..ego dan emosi ke dua-duanya melibatkan perasaan..

Wahai wanita dengan emosi yang sangat penuh, dikau sering kali gemar bermain dengannya kan? merajuk..itu adalah emosi yang paling tinggi rating di kalangan wanita..tapi tahukah anda lelaki itu tidak di cipta dengan skill untuk memujuk rajuk mu itu..mereka tercipta dengan penuh ego dalam diri..sebaik mungkin demi wanita yang di cintai mereka akan cuba untuk memujuk rajuk mu..tapi kebanyakkan di antara mereka sebenarnya tak tahu nak handle situasi yang melibatkan emosi ini..jadi bila mereka cuba tapi gagal..maka ego nan tebal di dada itu tercalar kerana mu wanita..

Jika wanita sering kali bermain dengan emosi rajuk tetapi tidak di pujuk..mereka akan cenderung memilih emosi memendam rasa..dan sebenarnya emosi memendam ini datang berpakej dangan airmata..maka sewenang wenang nya lah lelaki melabelkan wanita itu hati tisu..padahal hati mereka yang sepejal tembok batu..

Wanita dalam sedar atau tidak sedarmu..anda yang penuh dengan emosi itu..kadangkala cenderung menjadi seorang yang perasan..bahasa lainnya..pantang aje ada lelaki rapat dengan kau..mula la terkeluar genetik gedik tongkek ayam kau..oh tuhan, aku wanita..makanya aku sedang memendam rasa..haha

Namun manakala si lelaki yang penuh dengan ego dalam sedar tidak sedarmu kadangkala anda terlalu mudah untuk memberi harapan..bahasa lainya..ye la ego kan..semua benda nak tunjuk hebat..bulan bintang kau janjikan tapi kalau kau tahu rupa bulan bintang macam mane..kau pun x hingin ke sana ye dak?? oh en sayam ku lelaki.,maka maafkan aku..haha

Maka dari itu...berbalik la kita pada Maha Pencipta..Sesungguhnya di setiap tulang rusuk lelaki terciptanya seorang wanita untuk mereka dampingi sebagai permaisuri di dunia (isteri)..dengan itu..aku percaya emosi dan egois itu juga sebenarnya datang berpasangan..jadi berbaik-baikla antara kamu lelaki dan wanita dengan cara kamu tersendiri..kawal hati,jaga diri..jaga penampilan..Dengan Izin Allah..

Aku hanya menulis melalui eksperimen dunia yang aku lalui..dan aku pasti ia tidak 100% tepat..pasti terdapat ralat di sana sini..kerana dgn aku sendiri juga sebenarnya pernah mengenali lelaki yang penuh dgn emosi dan wanita yang tinggi dengan egois..ia mungkin tertakluk kepada jenis pembawakkan genetik dari ibu dan bapa..haha sekian terima kasih..




P itu untuk perempuan..


maka


L untuk lelaki..tapi kadangkala L digunakan untuk Loser ~ !














nota kaki : entri ini sebenarnya aku tujukan buat sahabat..sahabat,walaupun airmata itu sudah kering,namun aku pasti lukanya masih berdarah..kerana aku pernah ada di tempatmu..lelaki itu datang dan pergi..tapi percayalah..aku akan sentiasa di sisi mu..dan untuk tahun ke 10 persahabatan ini...aku rasa...we are awesome!! *kelipkelip mata siket*


p/s : dan untuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dlm eksperimen ini..terima kasih!

Wednesday, November 30, 2011

Berbulu je...so NOT me okay!!

Peristiwa yang so not me adalah peristiwa yg akan membuat hati ini berbulu monyet! haha

Peristiwa 1 : Jangan bagi alasan yang panjang lebar.
Pepagi subuh  En. Super dapat mesej dari pekerja yg berniat nak datang lewat.
 "En.Super yg hebak sekali di alam ini.Aku mcm x dpt dtg awl la..aku da siap da ni..tibe-tibe kete aku kene blok.Aku x tahu la ni kete sape.Kalau aku tahu kete sape aku da suruh alih da.Mungkin org ni dtg umah sedara dia,dia x tahu die blok kete aku..Kalau org-org kat sini x berani nak blok kete aku..aku abg kawasan kat sini...geram..... je rasa..da aku terpaksa dtg lewat..ikut hati aku bakar je kete ni kang..bla bla bla bla bla bla bla bla bla.........................."

Bapok panjang msg yg cuba di samapaikan..motifnya hanya lah nk bgtaw dtg lewat! berbulu hati klw aku la en super itu..
cukuplah sekadar "en super, aku lewat ari ni..nnt aku cerita kat ofis.maaf"
kan simple and easy..yg kau anta tu pon sms...sistem pesanan ringkas..bukan email boleh berjela-jela...lahabau... euw....org-org yg mcm ni...so not me okay!

Kau mmg dapat sms free seumur hidup ke ape??? lahabuuu..


Peristiwa 2 : Jangan berlagak kau serba tahu.
 En. Super : pekerja serba tahu konon, pg buat kerja sekian,sekian dan sekian....
Pekerja serba tahu konon : Owh kerja  yang tu..aku tahu sgt...senang la..sambil tdo pon boleh buat la...
Pekerja biasa : Owh bagus la kau ye..
Pekerja serba tahu konon : Tapi aku sakit perot, nak terberak sgt da ni..kau pegi buat ja
Pekerja biasa : Jadah haram khinzir betol! !@#^%$&^*&*^&!!!!!!

Tujuan kau nak org good-good kan kau selalu la kan??


Kalau aku..dah aku hantukkan kepala dia kat dinding..kau x tahu..kau ckp kau x tahu..x payah nak berlagak sgt bagus dan hebat bagai engkaulah raja seluruh alam! alasan je lebih....owh berbulu hati.......so not me ok!!!

Kalau aku good kan kau mcm ni boleh x?? 



Peristiwa 3 : Tergedik-gedik dgn laki orang..
Yang ni paling berbulu aku tgk..nak je aku tikam-tikam..toreh-toreh muka gedik ko tu..
" Abam....owh aban...abang.........x dengar ke ittewww panggil abam...abam buat apewww tuewwwww???ala.....mencik mencik mencik mencik jugakkk! ubiittt kang........"

hoh!! wanita hoi..yg ko gedikkan tu laki org...tunang org...boiprend org...boleh faham x? kalau ko nak gedik dgn laki kau ke..tunang kau ke...boiprend kau ke...ade aku nak kesah?? kerana aku jua wanita sepertimu..dan aku akui aku mmg gedik...tp dgn en abam aku je la...so please.....molek sikit perangai naaaaa....
dok ada depan mata aku...buta mata kau aku toreh..haha ganasnye aku..

kalau org gedik dgn boiprend aku pulop?? huh...nk buat guane...i love u just the way u r dear..
paling2 pon buta je pompuan tu nnt....hahahhahaha  so not me okay!!


Peristiwa 4 : Underestimate kebolehan orang lain.
Yang ni paling aku tak berkenan...walaupun aku masih lagi technician jalanan di sini...tak bermakna kau boleh merendah-rendah aku yg da semestinya x tgg mcm kau..mmg aku x tgg...tp tak bermakna aku boleh di pandang rendah?? ada faham ke??  mungkin ada mcm thamil zamarashu (penyerang team memerang muda) sikit ayat ni..tp ia bermakna utk seseorang..
Tuhan tu maha cantik percaturan dia..hari ni rezeki banyak ni utk aku..dan lebih pulak utk kau..bersyukurlah..itu yg terbaik dari berbangga diri dan merendahkan org lain...melayu mudah lupa..ni la dia..
kalau x nak bg lupa..aku sepak 800juta kali kang...berbulu je aku.....so not me okay!! berubahlah kalau ada yg terasa...



Bukanlah meluah rasa marah..cuma berkongsi cerita..ini semue cerita benar ok u alllsss....mcm-mcm jenis org..dan mcm-mcm jenis peristiwa..saban hari aku di sini...makin berbulu-bulu aku....so not me ok!!

Adakah masa akan membawa aku berbulu lebih dan jadi mcm ni????


owh NOOOOO!!!







p/s: sebenarnye byk lg...nnt i sambung ok u alllllssss...!da nantok ah... owh ye..team memerang muda adalah team pelapis utk harimau muda..haha

Monday, July 11, 2011

Aku Sudah Selesai

Kau jadikan ianya begini
Yang kau pasang niat bukanlah mimpi
Kerana kau campakkan satu titik
Bila kau rasa, kau boleh genggam ketika memetik.

Kau bina istana batu bercahaya
Tapi kau rasa itu sementara
Dengan si dia kau yakin beradu bersama
Antara kau, dia, anak-anak
Kau pasti bermukim beraja segala.

Kita ringkaskan saja alunannya begitu
Ini jauh dari mimpi,
Susah nak ditanya
Susah lagi nak membenci
Tanpa kau sedar hati aku diperbuat sama
adunannya untuk mencipta hati kau.
Dah berjuta kali kau bilang tentangnya
Sampai naik bosan apa pula agaknya
Sumpah aku lemas bernafas dalam udara
Bila kau ada di sekelilingnya

Aku tak mampu menjadi apa yg dimimpikan
Aku tak sempurna
Namun aku cuba setia
Kau ada?
Kau perlu tahu
Aku bukan perampas
Sumpah terlalu penat di sini
Jadi senang BERHENTI. 


Aku sudah selesai
Apa lagi yang kau rasa
Kau jawablah dengan Tuhan nanti harinya.








p/s : ya! tulisan perempuan buat seorang lelaki yang sedang mengejar bayang tanpa mimpi.





Saturday, March 5, 2011

Aku hanya wanita Biasa

Warkah buat kamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerana itu ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..


Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak Saidatina Khadijah, kerana itu ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka aku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani aku membangkang padamu..

Duhai kau yang akan memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku akan cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap,atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Mungkin kerana itu aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu ketika pulang dari kerja. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa, cuma karena semalam saat kamu tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tahu kamu letih mencari rezeki untuk kami, maka tidak sedikit pun aku mengusik lenamu. Jadi jika esok pagi kamu mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kamu adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah ummu Abiha, ada kalanya kamu akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana aku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kamu begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kamu adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana aku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup sekadar kamu usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu aku tahu kamu selalu menghargai apa yang aku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang aku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Saidatina Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadangkala aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan saatnya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkanlah aku kerana aku bukan bidadari syurga.. Aku hanya wanita biasa..


gambar hiasan: akmar dan rezal
sepupu aku yg menyambut ulangtahun kelahiran hari ini




nota kaki : kepada pemdamping ku kelak..ketahuilah jugak yg aku masih rindu dia! F owh gila!

Friday, March 4, 2011

Kami yang kau panggil perempuan








Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada disyurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan
mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal sehalus rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman' .

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Perempuan sungguh mudah menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri,apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Saidatina Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

Wallahualam. ...






nota kaki : berbunga hebat ayat di atas entah knape..berbunga juga seperti musim bunga bersama F!jikalah dia pemimpin ku..pasti hdp aku di akhiri dgn wangian bunga dari syurga..owh gila!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...