Wednesday, March 2, 2011

Biarkan masa menjadi jururawatnya.

Beku.
Tapi jari masih mahu menari.Terasa beku di otak.Mungkin otak ini perlukan jururawat utk merawatnya.
Kan da memang sinonim.Kerja atau tugasan seorang jururawat adalah untuk merawat pesakit.Arwah mak andak dulu seorang jururawat, 38 tahun berkhidmat sebagai jururawat di hospital Kluang,Johor.Sebelum pergi menyambut seruan ilahi menunaikan janji pada 7/9/2008. Titisan airmata si bakal ibu aku saksikan hujung minggu yg lepas.(baca : sepupu aku,anak arwah mak andak ) Menahan kesakitan mahu melahirkan anak sulung..Wahai wanita lengkap sudah kamu bergelar ibu.Sumpah aku yg ngilu melihat keperitan itu.Dan sememang kejadian Syurga di telapah kaki ibu adalah yg terindah.Setimpal dgn pertaruhan nyawa ibu untuk memberi nafas kepada si anak. Sumpah Ibu Kaulah ratuku!

Nur Aira Batrisya
anak bertuah.
baru hari 1st da pandai jeling2 antie.



Kelahiran sebuah kekuasaan Tuhan.
Sangat-sangat aku akui.


***


Kini kerap kali aku terpandang jelingan tajam itu.Kenapa aku dapat rasakan benci?Masih lagi terasa tangan di rentap kuat.
Ya Tuhan.
Saat mula untuk melangkah kenapa kaki menjadi keliru?
Terlalu banyak bisikan hati.Mungkin itulah tugasan si syaitankan.Cukuplah aku pernah melakukan salah itu.
Sumpah! tak mungkin lagi aku ulangi.Kerna tak mungkin akan ada manusia hidup tanpa kekhilafan.Dari kejauhan dan dari jelingan tajam itu aku hantar doa.Moga kau ampun segala dosaku.Mulakan hidup kau yg dulu.Sumpah aku sentiasa doa bahagiamu.Dan ingin sekali aku bisikkan padamu.Biarkanlah masa menjadi jururawat yg akan merawat masa luka antara kau aku dia dan mereka semua.
Cukuplah.


***


Masa adalah jururawat kepada pelbagai masalah.Aku dpt ayat ni dari Dr Fazilah Kamsah.


Kalaulah hujung-hujung bulan..korang-korang sesak-sesak duit...mesti korang berharap..cepatlah masa berlalu...moga cepat datang hari gaji..kan masa memainkan peranan di situ..tapi kalau hari gaji da sampai x sempat nak kira masa nak lenyap da 4 angka yg dalam bank tu..


Bila korang dalam satu penantian,menanti sebuah jawapan dari awek pujaan hati..korang pasti menghitung masa..mengharap masa dpt mendamaikan rasa di hati..kan masa juga yg berperanan di situ.Tapi bila awek da setuju..x kira masa kau hangkut ke sana ke mari..


Jikalah korang di lahirkan sebagai seorang pendendam.Memendam rasa tahap dewa dewa.Hanya 1 rawatanya iaitu masa..Cuba bawa bersabar..tarik nafas dalam-dalam..cuba biarkan kemarahan dan dendam reda 5 minit..pastu cuba tambah lg 5 minit di selangi zikir-zikir kpd Allah SWT...pastu agak-agak ok..up lg 10 minit...Insyaallah lama kelamaan dendam itu akan hanyut bersama masa.Kan free-free korang terhindar dari dosa memaki hamun org.Bagus!


Masa memang nampak terlalu simple tapi impaknya dalam kehidupan seseorang sgt besar.Terfikir tak kita masa muda sebelum tua?masa sihat sebelum sakit?masa kaya sebelum miskin?masa lapang sebelum sempit?masa senang sebelum susah?atau sebaliknya...masa mampu mengubah kehidupan seseorang dgn izin Allah SWT.
Yang kaya di ishtiharkan muflis..hanya dalam sekelip mata masa berlalu.
Yang susah di  beri rezeki juga dalam sekelip mata masa berlalu.
Dan.
Malaikat merentap nyawa dari badan juga hanya sekelip mata masa berlalu.Ingatlah!
Pernah aku terbaca kisah di cabut nyawa ketika sedang makan bersama keluarga.Kuasa Tuhan mahukan dia kembali pada saat itu.Tiada yg mampu menghalang.
Dan tiada siapa dpt membaca masa depan yg akan berlaku..
Dan x mungkin akan ada yg mampu mengubah masa yg telah berlalu.
Namun masa mampu merawat.
Menjadi jururawat yg terbaik untuk hati.
Percayalah!


Kalau kat sekolah rendah aku dulu..Aku ingat lg ada bena besar-besar kat belakang kelas.
"MASA ITU EMAS"
yes! sgt tepat pepatah melayu itu..
masa itu mmg emas..namun ia tak mungkin ternilai di kedai emas mana pun..kerana nilainya lebih dari nilai emas intan mahupun berlian..


Mampukah anda membeli masa bersama ibu bapa yg hanya ada 1 di dunia?
Mampukah anda membeli masa bahagia bersama suami,kekasih mahupun rakan-rakan?
Mampukah anda membeli masa untuk bertaubat selagi pintu itu belum tertutup?
Bergunung pun wang ringgit..ia x setanding harga masa sebagai jururawat manusia.


Dan aku rasa kalau hari ini aku seorang guru kat sekolah rendah aku tu.Aku nak ubah bena belakang kelas tu.."SESUNGGUHNYA MASA LEBIH BERNILAI DARI SELAGANYA"


Baca dan biarkanlah masa menjadi jururawatnya.

Sambil tu jom layan video ni..betapa mereka menghargai masa.






p/s : aku nk ubah pepatah melayu sesuka hati boleh ke? haha




nota kaki : masa itu mmg lebih berharga dari emas..seperti masa yg byk menyimpan kenangan dulu..
owh teringat si awal..encik F! rindu plaks..tibe2 angau!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...