Showing posts with label Alam Sekitar. Show all posts
Showing posts with label Alam Sekitar. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Daun yg jatuh..


…biarlah seperti daun yang jatuh.. biarlah seperti daun yg jatuh, yg tidak akan pernah membenci angin meski terpisahkan dari tangkainya…
Ini hukum alam, daun-daun akan berguguran tiada lain sebabnya adalah kerana angin yang berhembus dan menggoyahkan pautannya pada pohon. Namun mengapa mereka tidak menyalahkan angin itu? Karena mereka tahu, pada dasarnya tubuh mereka memang sudah lemah, dimamah usia, dilapah waktu. Mereka yang berguguran adalah mereka yang sudah mencapai batas waktunya.
Adakah mereka menyesal? Ternyata tidak sama sekali. Kerana mereka sedar dan pasti, bahawa takdir kehidupan di atas pohon hanya sampai pada waktu itu saja. Waktu dimana sang angin berhembus dan membawa mereka berjatuhan di atas tanah.
Kalau daun itu ingin memberikan toleransi pada ego mereka, banyak hal yang dapat dilakukan, seperti menghakimi batang yang tidak memegangnya erat sehingga akhirnya terlepas kerana hembusan angin, atau mungkin meminta akar untuk tidak menyerap apapun dari tanah sehingga pohon itu tidak akan bertambah tua, dan daun-daun itu akan tetap kuat tanpa harus menjadi rapuh. Banyak hal yang dapat daun lakukan, sebelum dia menunjuk pada dirinya sendiri.
Tapi ternyata daun-daun itu memilih jalannya, untuk tidak melibatkan banyak pihak, pada takdir yang memang harus dirasakannya, yang menjadi corak kehidupannya.
Berhentikah mereka sampai disitu? Ternyata tidak. Saat mereka berguguran diatas tanah, mereka tahu bahwa mereka akan dikumpulkan dengan saudaranya yang lain, kemudian dicampurkan dengan sisa pembuangan lainnya. Tapi mereka berkumpul bukan untuk menjadi parasit bagi ekosistem kehidupan, namun menjadi sumber  pertumbuhan daun-daun yang baru. Mereka tahu bahawa akhir hayatnya akan ditutup dengan memberikan manfaat.
Lalu untuk apa mereka menyalahkan angin, jika ternyata ialah yang mengantarkan mereka pada akhir yang membahagiakan?
Meski itulah takdir yang harus di tempuhi oleh mereka, tapi ternyata tidak menjadi buruk diakhirnya. Mungkin daun-daun itu pernah berpikir bahawa keberadaan mereka di atas pohon sangat bermanfaat untuk menciptakan oksigen yang diperlukan bagi seluruh makhluk hidup di bumi ini, dan jika mereka gugur, maka gugurlah manfaat itu. Tapi ternyata senarioNya tidak berhenti sampai disitu. Ada yang lebih indah menanti mereka di depan sana. Hanya perlu pasrah dan bertawakkal, terhadap janjiNya yang selalu pasti.
Apa yang akan terjadi jika daun-daun itu menyalahkan angin? Tentu ia hanya akan meratapi diri, tenggelam dalam kesedihan dan merasa malu terhadap keadaan. Ia bersembunyi dibalik telunjuknya terhadap angin. Berkoyar-koyar kesana kemari, mencanang cerita bahawa anginlah yang menyebabkan kehidupannya berakhir dan menderita tanpa menjadi bermanfaat lagi bagi ekosistem kehidupan.
pepatah berkata " saat satu jari telunjuk diarahkan pada orang lain, maka empat jari lainnya mengarah pada diri kita sendiri."
Mungkin daun-daun itu memahami benar makna dari pepatah tersebut. Ia sadar bahwa dengan menyalahkan angin, ia tidak akan mendapatkan keuntungan apapun. Ia tetap akan dipandang sebagai daun yang gugur, tidak dapat berfotosintesis, dan hanya mengotori tanah. Namun ia mampu bangkit menatap masa depan, mereka memiliki harapan dengan berpikir positif terhadap takdir yang disuratkan olehNya. Kerana mereka yakin bahawa di setiap kejadian pasti akan ada hikmahnya, termasuk gugurnya mereka diatas tanah. Mereka mencari dan terus mencari sehingga akhirnya menemukan hikmah yang tersembunyi disebalik takdir itu.
Tak ada kesedihan untuk menatap kehidupan setelah hembusan angin yang menyebabkan mereka gugur, kerana mereka tahu apa yang harus dilakukan. Tidak lagi bergantung pada batang, memohon pada akar, ataupun menyalahkan angin. Mereka hidup dengan penuh optimisme, yakin bahawa garis kehidupan mereka sudah dipersiapkan dengan sangat indah oleh Maha PenciptaNya. Hanya perlu bersabar, dan terus berusaha untuk menemukan babak yang diinginkannya, tanpa harus mengeluh ataupun menyalahkan keadaan.
Karena setiap makhlukNya yang terlahir ke dunia, tak lepas dari puzzle-puzzle yang terpisah, yang meminta dirungkai untuk menemukan kebahagiaan yang hakiki. Hanya perlu kembali menunjuk pada diri sendiri, seberapa kuatkah kita untuk berpegang teguh pada agamaNya?
Hebat kita mencorak kehidupan,namun sesungguhnya hidup tak pernah mencorak apa-apa utk kita..kerana Maha memiliki corak kehidupan ini adalah Maha Segala Sesuatu.






p/s: janji akan ku simpan daun yg telah kau berikan..

Saturday, July 30, 2011

Bilangan Lelaki lebih banyak di Malaysia..

Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita.


Laporan Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010 menunjukkan penduduk lelaki kini berjumlah 14.56 juta orang dan wanita, 13.77 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah sebanyak dua peratus bagi tempoh tahun 2000 hingga 2010.

Ia menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000.

Bancian juga menunjukkan taburan penduduk tertinggi dicatatkan di Selangor dengan 5.46 juta.

Manakala negeri mempunyai kepadatan penduduk tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 6,891 orang.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara.


Sumber di peolehi dari Berita TV3 jam 08.53 malam semalam..




So ok, kepada wanita di luar sana x usahlah nak berebut laki orang ataupun sebuk nak cari lelaki luar negara...kalau yg satu ni reject, kita ada lebihan 1 juta lebih lagi utk buat keputusan..wawawa...

dan kepada kawan-kawan lelaki..suka aku ingatkan..korang nak jadi golongan yg 1 juta lebih tu ke?
jawapan mereka..confrim gelak panjang~~
hahahaha...





 
p/s : tapi encik sayam saye x termasuk dalam 1 juta tu ea..sbb die sudah di lamar semalam..wowwy! =D



Friday, April 1, 2011

Tolonglah Jgn Bakar Membakar Bakar lagi!

Okeh fine, perempuan mmg mcm ni..setiap bulan pasti dtg hari "moon" dia..So utk hari "moon" aku bulan ni..aku rasa mls nk keje dan mata teringin nak menjamah sesuatu yg hijau..Walau kaki masih terencut-encut nak melangkah pun da mcm kura-kura..aku gagahkan juga memandu ke Kebun Bunga. Cadangnye lepas puas menjamu mata dgn kehijauan..bolehla kiranya aku ke klinik..nak isi borang cuti saket..hehe..



lebih kurang hijau mcm ni la..
tgk tarikh tu..da lama da aku x bersama mereka dan hijau!


Selesai semue urusan hari "moon" aku..dalam perjalanan pulang..ada pemandangan yg kurang enak..sumpah x enak..


lebih kurang la mcm ni [google]

enak ke pemandangan pembakaran terbuka??Aku x sempat la pulak nak tangkap gambar bukti pembakaran yg di lakukan td..sbb aku x de camera dslr..camera hp pun aku x bawak..tapi pembakarannya lebih kurangla mcm dlm gambar tu..

mendidih je aku tgk..pak cik kat tepi jalan tu..tgh kais-kais api..nak bg lg marak..nanti kau pak cik..
aku apa lg..terus memdekati pak cik tu..aku maki hamun bahasa urdu kat muke die..obor api aku genggam..aku campak ke rumah dia...ambek kau..api marak sekarang menyambar,bermaharaja lela membakar rumah dan segala isi rumah pak cik tu...

pon..pon..bunyi hon..rupeye aku berangan je kat trafic light tu..siot..haha

kan teremosi aku...mcm mane lah pemikiran dan tahap kesedaran masyarakat sekarang tentang isu alam sekitar..bumi ni da semakin uzur..menurut kajian..pembakaran terbuka menyumbang 80% kepada pencemaran udara..bila udara telah tercemar..ia akan membawa kesan negatif bukan saja kepada manusia..malah kpd binatang dan tumbuh-tumbuhan...nanti mula dtg mcm-mcm penyakit..

ok faham x? simple sgt kan..kalau korang rasa nak baca lebih lanjut tentang pembakaran terbuka ataupun pencemaran udara..ce baca kat SINI atau kat SINI...


Tolongla..aku rayu pada semua..jgnla bakar membakar bakar lg...tolonglah sedar akibat yg sgt simple..
ia TIDAK sehat untuk BUMI! pilihla cara lain untuk melupuskan sampah-sampah khazanah korang tu..mungkin boleh cuba cara dgn menanam barang-barang tersebut..tp perlu di ingat jgn tanam plastik..sbb plastik tdk mereput..

Aku malas nak membebel panjang lebar..kesannya ni lah yg terpaksa aku tanggung sekarang..semput da mcm siput,susah bernafas,saket dada dan mcm2 lg..aku ingin tegaskan..aku BENCI pembakaran terbuka!











p/s : korang rsa klw pak cik tu terbaca blog ni..die sedar tak yg die salah! haha





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...