Saturday, July 30, 2011

Bilangan Lelaki lebih banyak di Malaysia..

Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita.


Laporan Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010 menunjukkan penduduk lelaki kini berjumlah 14.56 juta orang dan wanita, 13.77 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah sebanyak dua peratus bagi tempoh tahun 2000 hingga 2010.

Ia menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000.

Bancian juga menunjukkan taburan penduduk tertinggi dicatatkan di Selangor dengan 5.46 juta.

Manakala negeri mempunyai kepadatan penduduk tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 6,891 orang.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara.


Sumber di peolehi dari Berita TV3 jam 08.53 malam semalam..




So ok, kepada wanita di luar sana x usahlah nak berebut laki orang ataupun sebuk nak cari lelaki luar negara...kalau yg satu ni reject, kita ada lebihan 1 juta lebih lagi utk buat keputusan..wawawa...

dan kepada kawan-kawan lelaki..suka aku ingatkan..korang nak jadi golongan yg 1 juta lebih tu ke?
jawapan mereka..confrim gelak panjang~~
hahahaha...





 
p/s : tapi encik sayam saye x termasuk dalam 1 juta tu ea..sbb die sudah di lamar semalam..wowwy! =D



1 comment:

Mira said...

fuh..tarikh nafas lega aku hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...