Tuesday, June 21, 2011

berBau Dunia

Hati hati mencuba, mentatih diri untuk tidak menyangka lagi,
mulanya diri hanya bersahaja,
namun sekali lagi aku menggila.

hari-hari tanya pada Tuhan
apakan lagi silang kata mau diberi
sampai sekarang masih lagi belum habis
ditumpahkan lagi kuah-kuah basi yang lain.


Beginikah silang kata yang harus di jawab?
sumber : google

tak buka lagi mata, otak yang hari hari kau tinggikan
tanah pun dah balik memanggil manggil
pandanglah pula dari mana kau dijadikan
hingga tak lupa akhirat dari dunia yang makin degil.

aku tidak bisa curi curi segala
biasanya bilang sahaja
supaya terhiris gila.
kalaulah juga mengalir airmata ini

itu bukan kerananya
sebab hanya jasad ini
yang suka dibalut selimut
dan bisa kau koyakkan buat semut
untuk digigit sampai luka.

sudah sudahlah

di mana masa, di ketika itu kau,
mengalir senyuman,
aku hanya menadah.

sampai suatu masa
aku ingat pada Kamu Tuhan
Ya, aku terlupa yang tadi-tadi
apa dipanggilnya manusia
kalau tidak eksperimentasikan hidup ini.
tidak ada berbau dunia.



Owh dunia yg di cintai
Selamatkanlah Ya Tuhan.





 
 
p/s : jangan terlalu meninggi. apalah sangat disisi tuhan, cuma sekelumit mana dari kuman. Ya aku sedang menyindir.ada yg terasa? Bagus!









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...