Monday, June 20, 2011

Dajjal - Kenali Musuh Kita

Asal Usul Keluarganya


Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi.
Dia bukan Jin atau jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya,
“Minal Munzharin”, seperti halnya Nabi Isa as yang diangkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al-Munawwarah.

Ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk.
Hidungnya seperti Paruh Burung.
Sedangkan ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.

Menurut Imam Al-Barzanji, ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang dikenali dengan nama “Syaq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin.

Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhlus halus.
Lalu oleh Nabi Sulaiman as ia akhkirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
Walaubagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecilnya tidak diketahui dengan jelas.


Sifat Badannya


Hadis Huzaifah ra katanya, Rasulullah saw telah bersabda; “Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka."




Ada beberapa cirri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, di antaranya :


1. Seorang yang kelihatannya masih muda.
2. Berbadan besar dan agak kemerah-merahan.
3. Rambutnya kerinting dan tebal.
4. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.
5. Dan tandanya yang paling ketara sekali ialah :

Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang.
Kedua-dua matanya adalah cacat.
Tertulis di dahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa- Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.



Tempat Tinggal Sekarang

Menurut riwayat “Sahih Muslim”, Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama.
Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama “Al-Jassasah”.

Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah SWT untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.



Berapa lama akan hidup setelah kemunculannya??


Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama 40 hari sahaja.
Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun
dan hari ke-2 sama dengan sebulan
dan hari ke-3 sama dengan 1 minggu
dan hari-hari baki lagi sama seperti hari biasa.

Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.


Dalam hadis riwayat Muslim ada disebutkan:

     Kami bertanya, “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini?”

     Nabi saw menjawab, “Ia akan tinggal selama 40 hari.”
     “Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ke-3 seperti
      seminggu.Kemudian hari yang masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa.”


     Lalu kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup
     bagi kami hanya sembah sehari sahaja? (iaitu 5 waktu sahaja)”


     Nabi Muhammad saw menjawab, “Tidak cukup, kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar
     yang bersesuaian bagi setiap sembahyang.”


Maksud sabda Rasulullah saw; Ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan mataharai seperti biasanya kita lakukan.

Misalnya sudah berlalu 7 jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor,
 maka hendaklah kita sembahyang Zohor,
 dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu 3 jam setengah misalnya,
 maka masuklah waktu Asar,
maka wajib kita sembahyang Asar dan begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib,
Isya’ dan Subuh.
Sehingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa 1 tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan.
Begitu juga pada hari ke-2 dan ke-3.



Fitnah Dajjal


Dajjal telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menguji umat ini.
Oleh kerana itu, Allah SWT memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Diantara kemampuan Dajjal ialah :


1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah SWT dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut.

Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun ke-2 akan kurang 2/3 dari biasa dan tahunke-3 tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu dajjal akan muncul membawa ujian.

Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan, “Hujanlah kamu di daerah ini!” Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur.


Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersekutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.


Dalam hal ini, para sahabat Rasulullah saw bertanya, “Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari iru wahai Rasulullah?”

Nabi saw menjawab, “Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.”



2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:

Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama Syurga dan Neraka dan juga sungai air dan sungai api.
Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman umat Islam kerana hakikat yang benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan.
Apa yang dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakan Neraka itu adalah Syurga.



3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukkinya :

Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu.
Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atua lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometre dapat ditempuh dalam 1 jam.


Kami bertanya,”Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?”

Nabi saw menjawab, “Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al-Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” – HR Muslim.

Namum demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki 2 Bandar Suci umat Islam iaitu :

a) Makkah Al-Mukarramah
b) Madinah Al-Munawwarah



4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:

Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi Syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam as.




Wallahu’alam, sudah bersediakah kita sebagai umat Islam untuk menghadapi Dajjal?
FIKIRKANLAH....



~from the vid of dajjal by r7






note :


"اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ."

"Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal."

jgn tinggal doa ni sebelum salam selepas tahyat akhir
InsyaAllah..
Perkongsian untuk muslimin dan muslimat.







p/s :1) credit to my " kak yan" i think you are "the one" with love~ 2) please do so if you want to copy this article..its not mine...its our's....  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...