Wednesday, November 14, 2012

Garisan akhir dan mula

Ya! setiap apa yang bermula pasti akan berakhir..namun tidak semua yang berakhir itu akan bermula kembali..dan sesungguhnya kini kita semua sedang berdiri di antara garis akhir dan mula..
Akhirnya pada hari ini di mana segala buku catatan amalan kita akan di tutup dan di serahkan kepada yang Maha Esa, lalu di ganti dengan buku catatan amalan yang baru jika masih Dia izinkan dua malaikatNya utk menulis amalan kita semua..

Ada hadis sahih menyatakan, Rasulullah SAW menerangkan bahawa setiap manusia ada dua malaikat yang menulis amalnya.
 Satu berada di sebelah kanan dan satu lagi di sebelah kiri setiap manusia.
Malaikat   di sebelah kanan akan yang menulis amal kebaikan dan menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri,yang menulis amal jahat.

Setiap satu kebaikan ditulis dengan sepuluh kebaikan dan tiap satu kejahatan di tulis satu kejahatan sahaja.
Amal jahat tidak di tulis melainkan selepas di beri tempoh enam atau tujuh jam dengan arahan daripada malaikat sebelah kanan. Sekiranya orang yang melakukan kejahatan itu beristighfar memohon ampun daripada Allah dalam tempoh itu,maka kejahatan itu tidak akan di tulis.

Segalanya dengan izin Allah.

Apa saja yang bermula pasti akan berakhir..bila kita bekerja kita akan mula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 ptg..esk hari yang berakhir itu akan bermula kembali...ia mungkin sama dlm perhubungan..ada pertemuan,mungkin akan ada perpisahan..yang berpisah itu tidak mustahil untuk bersama kembali..namun satu yang pasti ia tidak sama seperti kehidupan...

Ia bermula dengan segumpal darah,di tiupkan roh,lalu kita berjanji setia..dan di benarkan meminjam jasad dan nyawa ini untuk melihat ,merasai,menjalani,mencari kehidupan di dunia fana yang penuh dugaan ini..Dan pasti akan berlaku, pinjaman itu di tarik kembali..saat itulah yang paling setiap manusia takuti ia adalah mati...Mati ialah pengakhiran yang kekal abadi,tiada yang mati itu akan hidup kembali..

Segalanya dengan izin Tuhan.


Di garisan akhir dan mula ini..aku khuatiri jika akhir ini adalah akhir abadi..
Sahabat, maafkanlah segala kesalahan aku terhadap kalian semua..aku pernah terleka..
Sesungguhnya dosa sesama manusia itu tiada ampunnya dari Tuhan melainkan dari semasa manusia.. Maafkan aku.

Salam Maal Hijrah 1434.

1 comment:

SemasamAnggur said...

Assalamualaikum.
Nice entry..
Tp tukar buku baru bukan masa nisfu syaaban ke?- bertanya kerana keliru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...