Tuesday, March 26, 2013

Wahal Wanita Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim..
Betulkan aku jika penulisan ini ada salahnya..aku baru berlajar dan ingin berkongsi..


Muslimah,muslimat..adalah panggilan utk wanita beragama islam..Wahai kaum muslimah ku sayang,wanita adalah kunci kebaikan sesuatu umat.Wanita bagaikan batu bata pembangun generasi manusia.Jika baik kita, maka baiklah generasi, namun jika rosak, maka rosaklah la generasi.

Maka dengan itu, marilah kita semua menjadi wanita yang menjunjung tinggi amanah Allah SWT serta taat menjalankan sunnah Rasulullah SAW.

Allah menciptakan manusia dalam jenis wanita dn lelaki dengan memiliki kewajipan yang SAMA iaitu beribadah kepadaNya. Allah menempatkan wanita dn lelaki dlm kedudukan masing-masing..Di antaranya ialah lelaki di cipta utk menjadi pemimpin kpd wanita..mana kala wanita pula di ciptakan dgn nama Allah sebagai anggota dlm tubuh badannya..iaitu rahim..'ar-rahim' maha penyayang..ini membuktikan wanita itu ada sifat penyayang yg sgt tinggi dalam diri..kerana itulah wanita di gelar ibu, kerana itulah wanita menjadi tonggak semangat utk suami di medan perang..

Allah SWT berfirman :
"Dan lelaki itu tidaklah sama dengan perempuan......."
(Al-Imran : 36 )

Allah SWT telah memuliakan wanita dgn memerintahkan kita semua untuk menutup aurat.

Dari Abu Said Al-Khudri ra, Rasulullah SAW bersabda : "...berhati-hatilah dengan wanita, kerana wanita itu sendiri adalah fitnah dunia..."

Maka di turunkan perintah dari Allah SWT, untuk wanita menjaga kehormatan diri..dan adalah di wajibkan kepada kita untuk menutup aurat.

Allah SWT berfirman :
"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya..."

Rasulullah SAW menceritakan dalam peristiwa di angkat ke langit :
Wanita adalah makhluk Tuhan yang paling mudah masuk syurga, dan wanita juga adalah penghuni paling ramai dlm nereka..

Rasulullah SAW bersabda :
wanita jagalah solatmu, jagalah puasamu, jagalah auratmu, dan taatlah perintah ibu bapa atau yg sudah berkahwin, taatlah perintah suamimu..maka masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu yang mana kamu suka..

Mudah..ia terlalu mudah syurga untuk kita wahai muslimahku sayang..apa lagi yang bertabaruj untuk dunia? Sedangkan syurga itu begitu mudah untuk kamu?

Jangan...jangan kita semua juga perlu ingat..syurga itu Tuhan mudahkan untuk kita..knapa kita sering kali memilih jalan mudah ke neraka? Ingatlah wahai wanita, Rasulullah telah menyaksikan penghuni neraka itu sanagt ramai di kalangan wanita...

Ya Allah ampunkan la dosa-dosa kami..kembalikanlah kami ke jalan kemudahan untuk ke syurgaMu..jauhilah kami sejauh jauhnya dari nerakaMu..amin.

Janganlah kamu bersifat zalim, samaada pada diri sendiri atau sesama mahkluk, kerana Allah juga akan membalas kezaliman itu dengan kezaliman..[Habib Ali Zainal Abidin]

Selamatkanlah kami semua Allah...!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...