Friday, April 8, 2011

Punca Sakit Kepala


Dehidrasi- Korang x perlu la minum bergalen-galen air untuk memastikan tubuh tidak mengalami kekeringan. Memadai lah 8 gelas sehari atau mendapatkan air daripada pemakanan buah-buahan atau sayur-sayuran yang nyata lebih baik untuk keperluan tubuh badan.








Diet yang melampau-Korang mungkin terlalu sibuk dengan diet yang korang lakukan.Sampai korang terpaksa membuat bodoh je gendang gendut lagu dangdut dlm perut. Membiarkan perut berada dalam keadaan lapar berkemungkinan akan menyebabkan sakit kepala.Betul...Percayalah..ini pengalaman aku sepanjang berdiet(x mkn apa-apa) bulan lepas..Akibat : sendiri tanggungla..kurusnye siket aje..saket,Tuhan aje yg tahu.









Pengambilan caffeine yang melampau- Pengambilan caffein secara sedikit dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit kepala. Tetapi kalau da ambil dalam kauntiti yg melampau, ia akan jadi faktor yang menyebabkan korang sakit kepala. Tapi kalau tak minum caffeine,tak bolehkan? Ketagihkan?










Bercuti- Semua orang akan gumbira bila sampai hari cuti. Cuti sinonim dengan waktu untuk berehat, mengelakkan daripada tekanan kerja dan sebagainya. Tetapi sakit kepala mungkin juga akan menyerang waktu ini kerana korang mungkin telah terbiasa dengan rutin kerja yang sibuk dan apabila korang bercuti tubuh korang tidak melakukan apa-apa. Jadi korang dinasihatkan untuk tidur mengikut rutin kebiasaan yang korang lakukan ketika bekerja berbanding tidur lewat atau bangun lewat.












Tidak aktif- Hasil daripada kajian terbaru menunjukkan kebarangkalian orang yang tidak aktif untuk sakit kepala adalah lebih tinggi berbanding orang yang aktif. So, aktif-aktifkan diri anda, seperti saya yg sudah mula ke gym..(ketawa) kalau tidak korang mungkin akan jadi macam si badak pemalas ini..






 
 
 
 
 
 
 
p/s : Aku saje pilih tajuk ni..sebab aku dan sakit kepala ibarat isi dan kuku..
 
 
 
 

2 comments:

CikAizA said...

wah... part yang bercuti tu aiza x pernah lagi kena... tapi yang lain2 tu selalu gak.... huuhuhu
maigrain yg makin teruk...

hannamonts said...

tp hanna selalu jgk fenin2 time offday..sbb jadual tdo da lari..
hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...