Tuesday, September 6, 2011

Bukan Aku tak Faham.

Salam lebaran,
masih ada walau kemeriahannya sudah reda..
memulakan rutin harian seperti sediakala..
membaca,menulis..
memahami,memahami dan terus memahami
untuk menjaga hati..
bukan aku tak faham..
cuma sengaja hati ini kaku utk tidak memahami bahasa tubuh itu.

Tahun pertama berpagi raya tanpa keluarga..
hanya berteman kauci dan tv..
mengajar aku erti syawal yang di nanti..
Kesempatan yang ada ku hulur kan senyuman..
buat saudara yg jauh..
yang lama ku tinggalkan..
banyak pula cerita..
bukan aku tak faham..
sedalam-dalamnya hati ni menangis
mengenang nasibmu..

Namun aku tahu engkau kuat..
engkau mampu..
kerana percayalah..
Ujian Tuhan tak mungkin melebihi dari kemampuan diri kita..
hanya yang mampu saja yg Tuhan uji sebegitu..
Dia Maha Pencipta..
Dia Maha Mengetahui..
segala kekuatan dan kelemahan kita..
kerana engkau cukup kuat
maka Tuhan pilih engkau utk di uji sedemikian..
Sesungguhnya Tuhan tidak mungkin akan sia-siakan kita
selagi kita bersyukur atas nikmat kurniaan pinjaman dunia ini..

Aku hanya anak kecil di pandangan mu..
namun tangan ku hulur pelukan yang engkau sambut..
bersabarlah..

Aku percaya yg di luar sana lebih besar dugaannya..
lebih perlu banyak bersabar..
Aku juga sedang bersabar..
dgn bahasa tubuh di hadapku..
bukan aku tak faham..
masak ranum sungguh aku dgn bahasa itu..
namun sekeping hati ini kaku..

Bungkam aku semalaman sendiri..
baru aku sedar yang pernah dulu aku pinta pada Tuhan
hati yg merelakan apa saja demi utk melihat senyuman dia..
mungkin sebab itu ia kaku..

Kaku tidak bermakna ia boneka
Kaku tidak bermakna aku tak faham..
Faham benar aku...

Luahkan dgn kata-kata bahasa tubuh itu..
nescaya aku sudah yakin dgn tindakan ku..
Moga Tuhan tuntun hati ini...
redha kehilangan kali ini buat selamanya..

Bukan aku tak faham..
cuma hati ini masih kaku..
penuh dgn rasa itu..

Bersabarlah pada yang terduga..
dugaan ini..
tanda ingatanNya terhadap kita..
syukur Ya Rahman...
namun apa pula tanda ingatan kita buat Dia?
Fikirkanlah....


Salam Syawal..






p/s : ini bahasa hati..adakah yg berani faham?


nota kaki : ye! saya kerja di pagi raya...
                

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...