Monday, July 11, 2011

Aku Sudah Selesai

Kau jadikan ianya begini
Yang kau pasang niat bukanlah mimpi
Kerana kau campakkan satu titik
Bila kau rasa, kau boleh genggam ketika memetik.

Kau bina istana batu bercahaya
Tapi kau rasa itu sementara
Dengan si dia kau yakin beradu bersama
Antara kau, dia, anak-anak
Kau pasti bermukim beraja segala.

Kita ringkaskan saja alunannya begitu
Ini jauh dari mimpi,
Susah nak ditanya
Susah lagi nak membenci
Tanpa kau sedar hati aku diperbuat sama
adunannya untuk mencipta hati kau.
Dah berjuta kali kau bilang tentangnya
Sampai naik bosan apa pula agaknya
Sumpah aku lemas bernafas dalam udara
Bila kau ada di sekelilingnya

Aku tak mampu menjadi apa yg dimimpikan
Aku tak sempurna
Namun aku cuba setia
Kau ada?
Kau perlu tahu
Aku bukan perampas
Sumpah terlalu penat di sini
Jadi senang BERHENTI. 


Aku sudah selesai
Apa lagi yang kau rasa
Kau jawablah dengan Tuhan nanti harinya.








p/s : ya! tulisan perempuan buat seorang lelaki yang sedang mengejar bayang tanpa mimpi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...