Monday, March 7, 2011

Dr Intelligent cerita pasal susu.

Berbuih-buih aku tgk mulut si dr intelligent tu membebel kat depan..kiteorg yg kat belakang kelas..sepatah 2 kerat bahasa je yg faham..laju sgt cakap bahasa coding..mana lah otak kiteorg boleh compile dgn laju..otak minum susu lembu kan..

Dr intelligent said : saya faham kenapa kamu semue susah nak faham..budak-budak sekarang kecik-kecik lagi mak da bg susu lembu..da besar jd mcm lembu..jgn salahkan lembu pulak ye..

Haha..ketawa..Tiba-tiba cergas pulak otak aku.Siot punye dr.

Menurut kajian,berkurun-kurun zaman yg dolu-dolu..susu yg terbaik utk tumbesaran bayi ialah susu ibu..fakta ini mmg langsung tdk di bantah mahupun di sangkal oleh mana-mana pihak..Kebiasaan wanita normal yg melahirkan bayi akan mempunyai susu badan.Di sebabkan aku belum berpunya mahupun berkahwin atau akan mempunyai anak pada masa terhampir ini..Sila la baca dgn lebih kanjut tentang susu ibu ini di SINI..

Setiap susu wanita itu mempunyai enzim daya tahan dan kebolehan melawan penyakit yg tersendiri..Ye tidak ye..setiap wanita tu kan berbeza-beza..ada yg lebih vitamin c..ada yg lebih vitamin e..ada yg lebih vitamin k..ada yg lebih vitamin a,b,c,....z...

Dan ada pula kajian yg menyatakan perkongsian susu antara ibu yg sedang menyusukan adalah baik utk bayi. Maksudnya lebih kurang mcm ibu susuan la..tapi hakikat mentaliti rakyat masa kini yg sgt moden..apa susah-susah nak kongsi-kongsi susu..beli susu cap "lembu" kat luar tu byk..ada 4xDHA,18 ribu xDHA..apa DHA tu pun x tahu..Nak berkongsi-kongsi susu mmg la susah..sana sikit,sini sikit..byk la pulak ibu susuan bayi tu kan..tp perlu diingat catatlah segala maklumat lengkap si ibu susuan..kang bayi tu da besar silap-silap jadi hal lain pulak masa nak kawin.. Sedangkan Rasulullah SWT pun ada 2 ibu susuan taw.


Pinjam jap gambar ea lembu...jgn mara-mara ea...


Bukanlah aku nak ckp susu lembu tu x bgs..klw x bgs x kan aku,korang,korang semua boleh membesar sehat dan kuat mcm sekarang ni kan..Tapi kajian mmg dah byk membuktikan susu kambing adalah lebih bagus dari susu lembu.

Norman W. Walker (baca kat SINI kalau x tahu siapa dia ni) telah membuktikan bahwa susu kecuali susu kambing segar adalah bahan makanan yang paling banyak menimbulkan lendir di dalam tubuh manusia. Beliau juga mengamati bahwa susu yang paling sesuai untuk manusia (selain bayi yang belum lepas dari air susu ibu) adalah susu kambing segar. Senang cerita dia mcm ni..Susu lembu tu berat,ia mengambil masa 8 jam untuk di cerna oleh perut..manakala susu kambing lebih ringan dan hanya mengambil masa 2 jam untuk di cernakan dalam perut bayi yg baru di lahirkan..Perut baru tu..nak pakai lama...cian perut aku dulu-dulu kene kerja keras..Ketawa.


sape nak jawab kambing ni tanya ha??


Antara manfaat susu kambing yang aku nak kongsikan..

1  - Untuk Ibu Hamil
Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.



2 - Untuk Ibu Menyusukan
Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu.


3 - Untuk Bayi dan Kanak-Kanak
Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.


4 - Untuk mereka yang bukan dari golongan di atas.

Dapat membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
Mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).

Mengandungi faktor anti barah.
Kandungan mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Kandungan PH beralkali
Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Minum susu kambing yang baru di perah tu kan sunnah Nabi..Sunnah Nabi adalah amalan yg terbaik ye dak..



ni ke yg namanya senyum kambing??

Panjang lebar aku cerita tentang susu..Ada faham tak? Terima Kasih la untuk dr Intelligent yg membuka topik susu ni masa dalam kuliah..Kalau tak lemau juga la otak kteorg yg minum susu lembu ni nak tahan kuliah sampai malam.Kadang-kadang aku tgkkan patutlah bdk-bdk sekarang kadang ganas mcm lembu..yg lembab mcm lembu jgn la cerita..yg kuat mkn mcm ada perut lembu pun ada..mcm perut aku...huahuahuahua...

Yang penting anda buatlah keputusan yang terbaik untuk diri anda dan anak-anak anda.
Salam perpaduan. Chalow~






p/s: sape dr Intelligent aku? wah~ pasti lah nama di rahsiakan..die ada belog taw..haha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...