Tuesday, March 22, 2011

Graduan Kejuruteraan Malaysia kurang berkualiti??

Merujuk kepada tajuk, pasti ramai yg terasa dan akan membantah keras.Malaysia memang telah melahirkan ramai pelajar dalam jurusan kejuruteraan.Dan aku adalah salah satu dari mereka yg akan menghabiskan ijazah dalam bidang kejuruteraan perisian.Aku termasuk sekali ke dalam golongan yang tidak berkualiti tersebut? (mungkin juga.)

Masa aku tgh duduk syok-syok mengisi masa berkualiti besama keluarga terchinta depan tv. Isu tentang graduan kejuruteraan malaysia kurang berkualiti ni menjadi jamahan mata dan telinga kami sekeluarga.Huh...kene tempias kat aku ni..Ligat otak aku berputar-putar mencari jawapan atas persoalan sebuah rancangan bual bicara di TV **..(di rahsiakan) Benarkah graduan kejuruteraan di Malaysia kurang berkualiti?

So, sempatla sejenak aku berbual dgn doc Inteligent dalam kelas kelmarin.Tentang isu ini..tersenyum aje doc inteligent aku ni..da la hensem..aku sepak kang..haha ,then doc mengeluarkan fakta dan auta dari kepala hotak die..

doc Inteligent said : "naseb baik saya bukan pelajar kejuruteraan dari malaysia"..
aku said : "cis..bagus sgt agaknya kejuruteraan yg kau belajar dari jepun selama 8 tahun tu?" (aku jerit sebijik kat muka dia..dalam hati je)

Antara faktor pelajar kejuruteraan Malaysia kurang berkualiti..aku khususkan kejuruteraan perisian..
doc Inteligent said :


1) Korang buat assignment meniru!
Pang!! kene sebijik kat muka aku..huahuahua..
Pelajar-pelajar di malaysia ni sgt-sgt beruntung kerana sistem pembelajaraan tidak terlalu ketat.Silibus yg di pilih juga tidak terlalu berat untuk tahap pemikiran otak kita yg minum susu lembu..Di tambah pula dgn kebaikan hati para pensyarah sekalian..Assignment di beri memang mengikut assesment untuk menamat silibus..Assignment memang cukup banyak di beri..Menimbun-nimbun mcm gunung kinabalu..Tapi kauliti of the work? sape yg periksa?kalau pelajar yg kaki meniru atau dalam istilah bahasa yg lebih manis..terlalu bermurah hati untuk berkongsi jawapan..yg tukang copy,copy jawapan salah,sbb yg bg copy buat jawapan salah...haha sekarang sape yg salah???Haa fikir la...(pang kene lg sebijik kat muke aku) hahaha
kalau lecture doc Inteligent  kat jepun dulu..sapa yg meniru dapat kosong..sape yg bagi tiru dpat negative 10 dalam exam final termasuk tolak carry mark!
so kesimpulannya..1 assignment meniru..terus fail exam..


dari sumber en Google

ke nak sampai ade undang-undang dalam exam yg mcm ni?




2)Pensyarah terlalu "superbizi..."
Dan untuk pengetahuan korang-korang..tak ramai pensyarah yg terlalu amat rajin di Malaysia ni..untuk menanda kertas assignment korang tu satu persatu..Sebab pada masa sekarang ni..seorang pensyarah yang berjaya tidak sahaja di ukur tahap kejayaan dia mengajar..tapi mereka perlu memenuhi beberapa KPI yg di tetapkan oleh setiap institut pengajian.Contohnya di UTM Skudai,tempat doc Inteligent berbakti,para pensyarah kene memenuhi 9 KPI yg termaktub dalam undang-undang sebagai seorang pensyarah? tidak saja menjurus kepada pengajaran...mereka perlu menjalan 8 lg kerja lain..untuk memenuhi KPI..dan barang siapa mempunyai KPI yg cantek berbunga-bunga maka cepatlah mereka naik pangkat dan naik gaji! mungkin sekarang wang menjadi pertaruhan masa depan pelajar kitakan??hmm....
8 kerja lain itu..antara kerja "supervision"..kerja "reseacher"..."kerja "management fakulti" kerja...bla..bla..bla dan bla...
So korang fikirkanlah..di mana harus mereka campakkan assigment kita??
hanya dalam kotak depan bilik pensyarah..cukup masa kene kencing kucing..da busuk makcik cleaner kutip buang!
Sumpah hal ini terjadi pada assignment aku sendiri...kecik hati tahap dewa-dewa taw x...




3)Final projek kurang relevan dengan market sekarang..
Sekarang ni dunia IT bergerak terlalu pantas..menurut kajian setiap 2 saat berlalu pasti ada satu ciptaan baru dalam dunia IT..korang student IT weh...kalau dunia bergerak dgn sangat pantas..tak kan final projek korang setakat nak buat sistem e-learning?sistem e-diary?semue sistem tu da 18 tahun ketinggalan..tolonglah bangun dgn langkah baru..ce layan video ni..

ha ape kata cuba buat sesuatu yg mcm ni?? mampu?




4)Tiada semangat gunalah barangan Malaysia...
Kebanyakkan syarikat di Malaysia tidak mengguna sistem yg di hasilkan di dalam negera ini..Contoh paling hampir..kat tempat kerja aku (Banggunan Sultan Iskandar)...ada 6 services yg di jaga di bawah ICT.. ianya seperti LAN,SSSA,ISSS,VVAC,KIOSK,EPID...ha apa semua tu tak kesah la..yg penting kesemue services berikut mengguna sistem dari luar negara untuk beroperasi..yg maintance orang kita..orang-orang mcm aku ni la..tapi bila rosak kritikal..habis duit nak terbangkan orang dari luar negara tu datang ke sini...kesilapannya di situ...kalau kita menggunakan sistem yg di hasilkan di dalam Malaysia..yang maintence orang kita..yang nak betulkan orang kita...yg untung,rugi juga orang kita...kan senang cerita...tapi...ada ke sistem kita setanding sistem luar?sistem luar di gunakan kononnya sgt bagus dan dipercayai kualitinya di seluruh dunia?Produk kita?? huh..Puaslah berbuih-buih kerajaan buat kempen Gunalah/Belilah barangan/produk Malaysia...hasilnya..sendirilah jawab...



5)Ramai yg tidak mengaplikasikan pelajaran kepada pekerjaan..
Yang ni aku sgt aku...aku ada diploma in multimedia technology..3 tahun lepas..agak-agaknya bidang mana yg sesuai dgn aku?Multimedia???IT?? aku kini hanyalah seorang juruteknik tahap3 ICT(tahap3 sbb aku da 3 tahun keje) huahuahua..masa aku belajar dulu..aku tak belajar panjat-panjat tangga...pikul tangga kehulu hilir...bersih-bersihkan devices..betul-betulkan devices seperti cctv,telephone,access door,server,kiosk..lain dan sgt jauh berbeza..aku rasa isu ini memang tak dapat di tepis oleh mana-mana orang ..mungkin ada hanya segelintir antara mereka yg betul-betul strong masa study..then cari kerja dan ada rezeki peluang pekerjaan yg sgt sesuai dgn apa yg dia pelajari..aku walaupun dekan setiap sem dulu...tetap x punya rezeki ke arah multimedia tehcnology...rezeki kan..sesuatu yg Tuhan rahsiakan dari pengetahuan kita...tapi x pernah pulak aku dengar, dulu dia study doc sekarang die keje driver x pun keje juruteknik ke kan..kalau belajar doc..pasti jadi doc..kalau belajr nurse jadilah nurse...kenapa pelajar dalam bidang IT susah untuk mengamplikasikan pelajaran dalam pekerjaan??mungkin benarlah..dunia IT terlalu cepat beredar..kita yg terkedek mcm kura-kura kudung..mmglah ketinggalan..hmm...marilah kita sama-sama fikirkan....



Berkualiti sgt ke pelajar kejuruteraan di luar negara tu?Mengikut statistik kebanyakkan pelajar Malaysia yg mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaraan di luar negara dalam bidang IT..mereka akan terus bekerja di negara tersebut..kerana market pekerjaan mereka seiring dgn pembelajaran mereka..Biarpun, pelajar tersebut perlu membayar wang pampasan terhadap si penaja seperti MARA,JPA,PTPTN dan sebagainya.mereka mampu apa...gaji kat sana 3 kali ganda gaji di sini..lepas tu convert duit Malaysia..lebih dari mampu taw..huahuahua...

Penat aku melayan fakta dan auta dari doc Inteligent..aku pelajar paberet dia nak ajak bebual sbb aku mmg selalu layankan je doc ni..tapi kalau dia tahu aku antara pelajar die yg meniru dan memberi tiru assigment...
huahuahua..pasti aku bukan paberet lagi...

Kesimpulan dari isu yg aku bangkitkan ini..jgnlah terlalu mmbangtkit ye..sabar-sabar...aku hanya menulis apa yang rasa betul dgn fakta-fakta yang seperti auta di atas...mungkin korang-korang ada fakta yg tegap dan mantap..teruskan dgn fakta yg pelajar kejuruteraan di Malysia sgt berkualiti anda itu..aku x cakap kita x berkualiti langsung..cuma mungkin kurang berkualiti...pasti ada silap dimana-mana..siapa yg harus dipersalahkan?huh..kalau aku...aku memilih untuk menyalahkan diri sendiri dulu..kerana..lebih baik kita periksa diri sendiri sebelum menunding jari kearah orang lain..ada pepatah ke berpatah-patah orang dulu-dulu.."satu jari kita menunding ke arah org..lg 4 jari menunding ke arah kita sendiri" mari lah kita sama-sama fikirkan...selamat beramal...peace~










p/s : doc Inteligent tetap akan ke Jepun 2 April ini..walau pun Jepun menghadapi krisis yg sgt teruk sekarang..Please pray for Jepun.








2 comments:

syaz :) said...

wahhh suke vid tuhh !

space83 said...

aku pun salah sorang graduate engineering gaks. da dkt 6 tahun grad dan mmg sgt2 bersetuju yg ramai graduate engineering dr u msia kurang kualiti termasuk la aku.

puncanya ialah zaman aku dulu kos engineering ni berlambak2 kat u. org yg akademik biasa2 n result cukup makan pun leh masuk engineering.

so bila grad kuar la engineer yg x brp nak pandai ni.. aku la tu maybe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...