Showing posts with label Muslimin and Muslimat. Show all posts
Showing posts with label Muslimin and Muslimat. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Menjawab persoalan

Bismillahirahmanirramin..
Sesungguhnya tulisan ini kerana Allah, yg baik datang drpdNya , yg buruk dtg dari diri ku sendiri..

Hari ini saat ini, genaplah cukup aku menghirup udara nikmat Tuhan ini selama 25 tahun,11 jam, 58 minit..mcm mna aku tahu? aku kira melalui surat beranak..kn ada waktu lahir..aku ni lahir tgh2 panas terik pkol 1.01 tghari..sbb tu la selalu panas je..Allahuakhbar..

Okay kembali kepada topik..tulisan ini aku mmg khas kn buat sahabat yg aku rasa agak2 confius dgn identiti aku sekarang..bukan setakat sahabat..keluarga aku pn get confius,.nasib la aku sendiri x confius..Subhanaallah..

"pandang pandang alam ini, sambil pandang di fikiri mana bumbung langit tinggi, mana lantai bumi?"

ini adalah lirik lagu yg bila aku dalami..aku hayati..ia benar..benar2 ingin menunjukkan kekuasaan Allah..

Jika Allah mengkehendaki sesuatu..mengizinkan sesuatu utk berlaku..maka ia akan berlaku..just like that..hanya sekelip mata..hanya sekali hembusan nafas..

Ia tidak memerlukan seribu tahun utk bersedia utk berubah..bersedialah sejuta thn sekali pn, jika bukan dgn izin Allah..maka tiada apa yg akn berubah..

Ingat la semua.."RAHMAT ALLAH ITU MENDAHULUI KEMURKAANNYA"
dengan rahmatNya aku disini..dgn rahmatNya juga kita yg penuh dosa masih di beri peluang, meminjam jasad,bernafas dgn udaranya,masih punya rezeki utk mkn minum, masih punya degupan jantung..

Rasullullah bersabda : sesungguhnya rahmat Allah itu luas, yg ada dibumi hanya 1%, lg 99% akan diberikan diakhirat kelak sehinggakan iblis mendongak utk mendapatkn juga rahmat Allah itu..

kalau iblis pn nak, kita tak nak ke?
bukan aku nk jwb soalan dgn soalan..cuma tanyalah soalan ini pd diri anda semua..tutup mata..tp bukalah mata hati..maka lihatlah..

ISLAM ITU SEMPURNA,TETAPI BUKAN MUSLIM.. kerana muslim itu adalah manusia biasa, yg fitrahnya lemah,lalai dn tidak sempurna..sedihnya dunia hari ini selalu salahkn islam kn? sedih betul..yg pengganas islam..yg korupsi islam..malu sgt..yg bersalah itu manusia beragama islam..bukan islam yg mengajar mereka begitu..islam sgt sempurna agama Allah..

okay out of topic sekejap..hanya meluahkn rasa kecewa..
one of my friend was asking another friend of mine..
im i change because of islam or others reason, which is mean any ajaran...?

ya Allah mengucap panjang..istigfar..nk gelak pn ada..

Dear friends, kita x perlukan masa utk bersedia utk berubah..kerana Allah tdk akan melengahkan masa utk bagi rezeki pada kita dn Allah jg x pernah lengahkan masa utk mengarahkan malaikat maut mencabut roh dari jasad pinjaman ini..mati itu pasti..mati itu telah kita persetujui sblm kita di lahirkn..Allah memegang janji..mati x kan pernah menunggu kita utk bersedia..jadi sampai bila??

and theres a friend yg asking me about niqab..
Ya Allah..benar ada hadis yg menyatakan sesungguhnya Allah akan mencari utk melihat wajah2 wanita yg berniqab..tapi ini hadis tidak sahih..
dalam apa juga perkara yg kita lakukan yg penting sekali niat..apa niat, apa tujuan..
ingat..niat tidak menghalalkan cara..
memakai niqab adalah sunnah..semua isteri baginda Rasulullah SAW..memakai niqab..

tujuan aku..aku rahsiakn..tp aku boleh katakan, secara am nya..aku hanya ingin menjaga pandangan..wanita itu fitnah dunia..Ya Allah..

Im not fully niqab yet..because of work..and i need to study more..how to eat, how to drink, how to solat..how and how..please pray for me..aku yakin sgt dlm hati..Allah pasti izinkan satu hari nanti..

My friends..wanita amat2 la mudah utk masuk ke dalam syurga..Allah sendiri telah berfirman..
"Wanita, jagalah solatmu,puasamu,auratmu, taatlah kpd suamimu..maka akan di bukakan 8 pintu syurga..masuk la dari pintu mana pn yg engkau suka.."

its such a good news for us actually..please dear all..jannah is for us!

But to honest..aku tak harapkan syurga..aku hanya berharap tidak layak ke neraka Allah..aku takut...kerana aku begitu jahil ilmu..

Banyak dn terlalu banyak lg yg perlu di perbaiki, di pelajari..di semak..di ganti..

Habib Ali Zainal Abidin aku namakan sebagai guru ku..
pernah berkata..ada 4 mazhab yg termahsyur di dunia..al maliki, hambali, hanafi dn syafie..
tapi..sekarang ni..ada mazhab yg ke 5..iaitu "mazhab iblisi"

mazhab di mana manusia di hasut..
Allah itukan Maha Pengampun dn Penyayang..kita buatlah dosa dulu..enjoy puas2...nanti taubat, Allah ampunkan..
dn satu lg..
Allahkan Maha Mengetahui..asalkan hati baik, tak tutup aurat pn x pe..

Jadah hang..
haa klw ada lah rasa mcm ni dlm hati..Allahhuakhbar..
kita cek la diri kita sendiri..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..aku tdk punya keluarga yg besar, sahabat yg ramai..aku hanya ada mereka2 sahaja..aku sayang mereka keranaMu Ya Allah..Kau ampunilah dosa2 mereka,Kau ampunilah dosa2 kami..Kau kasihanila mereka Ya Allah..berikanlah mereka petunjuk Mu dan waktu utk bertaubat pd Mu..kasihani mereka Ya Allah, kasihani mereka Ya Allah..haramkan wajah2 mereka dari nerakaMu Ya Allah..aku hanya punya mereka Ya Allah..satukan kami semua di akhirat nanti..di bawah lindunganMu Ya Allah..
amin..amin Ya Allah..


astagfirullah hala'zim..maafkn aku wahai pembaca..aku jahil ilmu.























Tuesday, March 26, 2013

Wahal Wanita Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim..
Betulkan aku jika penulisan ini ada salahnya..aku baru berlajar dan ingin berkongsi..


Muslimah,muslimat..adalah panggilan utk wanita beragama islam..Wahai kaum muslimah ku sayang,wanita adalah kunci kebaikan sesuatu umat.Wanita bagaikan batu bata pembangun generasi manusia.Jika baik kita, maka baiklah generasi, namun jika rosak, maka rosaklah la generasi.

Maka dengan itu, marilah kita semua menjadi wanita yang menjunjung tinggi amanah Allah SWT serta taat menjalankan sunnah Rasulullah SAW.

Allah menciptakan manusia dalam jenis wanita dn lelaki dengan memiliki kewajipan yang SAMA iaitu beribadah kepadaNya. Allah menempatkan wanita dn lelaki dlm kedudukan masing-masing..Di antaranya ialah lelaki di cipta utk menjadi pemimpin kpd wanita..mana kala wanita pula di ciptakan dgn nama Allah sebagai anggota dlm tubuh badannya..iaitu rahim..'ar-rahim' maha penyayang..ini membuktikan wanita itu ada sifat penyayang yg sgt tinggi dalam diri..kerana itulah wanita di gelar ibu, kerana itulah wanita menjadi tonggak semangat utk suami di medan perang..

Allah SWT berfirman :
"Dan lelaki itu tidaklah sama dengan perempuan......."
(Al-Imran : 36 )

Allah SWT telah memuliakan wanita dgn memerintahkan kita semua untuk menutup aurat.

Dari Abu Said Al-Khudri ra, Rasulullah SAW bersabda : "...berhati-hatilah dengan wanita, kerana wanita itu sendiri adalah fitnah dunia..."

Maka di turunkan perintah dari Allah SWT, untuk wanita menjaga kehormatan diri..dan adalah di wajibkan kepada kita untuk menutup aurat.

Allah SWT berfirman :
"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya..."

Rasulullah SAW menceritakan dalam peristiwa di angkat ke langit :
Wanita adalah makhluk Tuhan yang paling mudah masuk syurga, dan wanita juga adalah penghuni paling ramai dlm nereka..

Rasulullah SAW bersabda :
wanita jagalah solatmu, jagalah puasamu, jagalah auratmu, dan taatlah perintah ibu bapa atau yg sudah berkahwin, taatlah perintah suamimu..maka masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu yang mana kamu suka..

Mudah..ia terlalu mudah syurga untuk kita wahai muslimahku sayang..apa lagi yang bertabaruj untuk dunia? Sedangkan syurga itu begitu mudah untuk kamu?

Jangan...jangan kita semua juga perlu ingat..syurga itu Tuhan mudahkan untuk kita..knapa kita sering kali memilih jalan mudah ke neraka? Ingatlah wahai wanita, Rasulullah telah menyaksikan penghuni neraka itu sanagt ramai di kalangan wanita...

Ya Allah ampunkan la dosa-dosa kami..kembalikanlah kami ke jalan kemudahan untuk ke syurgaMu..jauhilah kami sejauh jauhnya dari nerakaMu..amin.

Janganlah kamu bersifat zalim, samaada pada diri sendiri atau sesama mahkluk, kerana Allah juga akan membalas kezaliman itu dengan kezaliman..[Habib Ali Zainal Abidin]

Selamatkanlah kami semua Allah...!





Wednesday, November 14, 2012

Garisan akhir dan mula

Ya! setiap apa yang bermula pasti akan berakhir..namun tidak semua yang berakhir itu akan bermula kembali..dan sesungguhnya kini kita semua sedang berdiri di antara garis akhir dan mula..
Akhirnya pada hari ini di mana segala buku catatan amalan kita akan di tutup dan di serahkan kepada yang Maha Esa, lalu di ganti dengan buku catatan amalan yang baru jika masih Dia izinkan dua malaikatNya utk menulis amalan kita semua..

Ada hadis sahih menyatakan, Rasulullah SAW menerangkan bahawa setiap manusia ada dua malaikat yang menulis amalnya.
 Satu berada di sebelah kanan dan satu lagi di sebelah kiri setiap manusia.
Malaikat   di sebelah kanan akan yang menulis amal kebaikan dan menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri,yang menulis amal jahat.

Setiap satu kebaikan ditulis dengan sepuluh kebaikan dan tiap satu kejahatan di tulis satu kejahatan sahaja.
Amal jahat tidak di tulis melainkan selepas di beri tempoh enam atau tujuh jam dengan arahan daripada malaikat sebelah kanan. Sekiranya orang yang melakukan kejahatan itu beristighfar memohon ampun daripada Allah dalam tempoh itu,maka kejahatan itu tidak akan di tulis.

Segalanya dengan izin Allah.

Apa saja yang bermula pasti akan berakhir..bila kita bekerja kita akan mula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 ptg..esk hari yang berakhir itu akan bermula kembali...ia mungkin sama dlm perhubungan..ada pertemuan,mungkin akan ada perpisahan..yang berpisah itu tidak mustahil untuk bersama kembali..namun satu yang pasti ia tidak sama seperti kehidupan...

Ia bermula dengan segumpal darah,di tiupkan roh,lalu kita berjanji setia..dan di benarkan meminjam jasad dan nyawa ini untuk melihat ,merasai,menjalani,mencari kehidupan di dunia fana yang penuh dugaan ini..Dan pasti akan berlaku, pinjaman itu di tarik kembali..saat itulah yang paling setiap manusia takuti ia adalah mati...Mati ialah pengakhiran yang kekal abadi,tiada yang mati itu akan hidup kembali..

Segalanya dengan izin Tuhan.


Di garisan akhir dan mula ini..aku khuatiri jika akhir ini adalah akhir abadi..
Sahabat, maafkanlah segala kesalahan aku terhadap kalian semua..aku pernah terleka..
Sesungguhnya dosa sesama manusia itu tiada ampunnya dari Tuhan melainkan dari semasa manusia.. Maafkan aku.

Salam Maal Hijrah 1434.

Tuesday, October 23, 2012

Fesyen Tudung

Ini pengalaman sebenar..ketika aku di lemparkan cacian aku kira..tentang hijab atau lebih mudah orang melayu kenal tudung..ya tudung yg aku pakai..untuk menutup apa yg di wajibkan tutup...

" Weh, tudung kau tak ikut fesyen lah! mcm orang kampung...mana ada org pakai tudung mcm kau lagi..kau ddk kl...kene la pkai tudung berfesyen mcm orang kl "

Wahhh kedengaran riak dan tinggi benar suara tadi...aku hanya diam dan lontarkan senyuman..kerana yang melakukan perbuatan itu adalah seorang wanita yang lebih umurnya 10 thn dari aku..jadi demi menjaga rasa hormat dan sopan santun aku padanya...aku ambil keputusan senyum sahaja...Ya, senyum tak perlu kata apa-apa..

Pada pendapat aku begini...aku tak pernah kesah dengan fesyen tudung yang aku pakai..asalkan tudung yang aku pakai ini dapat menutup aurat ku dengan sempurna..aku tahu yang kini mungkin belum sempurna, tapi aku biarkan pada Dia yang sempurna utk menilainya...
Menutup aurat adalah wajib ke atas semua hambaNya..tidak kira lelaki mahupun perempuan..yang membezakannya ialah batas aurat tersebut..sedia maklumlah..klw di tanya pada anak tadika silap2 kau kene sekolah balik..yang lelaki auratnya yang wajib di jaga ialah dari pusat hingga ke lutut..yang wanita pula..aurat yang harus di jaga ialah semue sekali kecuali muka dan pergelangan tangan...maka dari itu...pemakaian tudung adalah wajib...tidak pula di sertakan dalam surah an-nur.."tutuplah dadamu dengan kain yang berfesyen" aku dah bersyarah mcm ustazah pilihan...langsung tak pernah aku terfikir nak jadi begitu...waaaaa!

cuma aku terfikir agaknya bila mati nanti, ada ke malaikat akan menegurmu, wahai si mati, kain kapan mu x ikut fesyen terkinila?? satu pasal la pulak si mati nak bangun request nak tukar kain kapan...parahhh macam ni...

aku ingin tekankan di sini..aku bukan ustazah pilihan..mengaji sekolah agama pun aku ponteng-ponteng pegi bercinta...jadi maafkan lah aku sekiranya ada salah dan silap dalam penulisan aku yang menyentuh sedikit tentang agama..

dan jika ada di antara mereka yang terlibat terbaca entri ini...aku mohon maaf juga...sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui niat aku..



Monday, October 10, 2011

Daun yg jatuh..


…biarlah seperti daun yang jatuh.. biarlah seperti daun yg jatuh, yg tidak akan pernah membenci angin meski terpisahkan dari tangkainya…
Ini hukum alam, daun-daun akan berguguran tiada lain sebabnya adalah kerana angin yang berhembus dan menggoyahkan pautannya pada pohon. Namun mengapa mereka tidak menyalahkan angin itu? Karena mereka tahu, pada dasarnya tubuh mereka memang sudah lemah, dimamah usia, dilapah waktu. Mereka yang berguguran adalah mereka yang sudah mencapai batas waktunya.
Adakah mereka menyesal? Ternyata tidak sama sekali. Kerana mereka sedar dan pasti, bahawa takdir kehidupan di atas pohon hanya sampai pada waktu itu saja. Waktu dimana sang angin berhembus dan membawa mereka berjatuhan di atas tanah.
Kalau daun itu ingin memberikan toleransi pada ego mereka, banyak hal yang dapat dilakukan, seperti menghakimi batang yang tidak memegangnya erat sehingga akhirnya terlepas kerana hembusan angin, atau mungkin meminta akar untuk tidak menyerap apapun dari tanah sehingga pohon itu tidak akan bertambah tua, dan daun-daun itu akan tetap kuat tanpa harus menjadi rapuh. Banyak hal yang dapat daun lakukan, sebelum dia menunjuk pada dirinya sendiri.
Tapi ternyata daun-daun itu memilih jalannya, untuk tidak melibatkan banyak pihak, pada takdir yang memang harus dirasakannya, yang menjadi corak kehidupannya.
Berhentikah mereka sampai disitu? Ternyata tidak. Saat mereka berguguran diatas tanah, mereka tahu bahwa mereka akan dikumpulkan dengan saudaranya yang lain, kemudian dicampurkan dengan sisa pembuangan lainnya. Tapi mereka berkumpul bukan untuk menjadi parasit bagi ekosistem kehidupan, namun menjadi sumber  pertumbuhan daun-daun yang baru. Mereka tahu bahawa akhir hayatnya akan ditutup dengan memberikan manfaat.
Lalu untuk apa mereka menyalahkan angin, jika ternyata ialah yang mengantarkan mereka pada akhir yang membahagiakan?
Meski itulah takdir yang harus di tempuhi oleh mereka, tapi ternyata tidak menjadi buruk diakhirnya. Mungkin daun-daun itu pernah berpikir bahawa keberadaan mereka di atas pohon sangat bermanfaat untuk menciptakan oksigen yang diperlukan bagi seluruh makhluk hidup di bumi ini, dan jika mereka gugur, maka gugurlah manfaat itu. Tapi ternyata senarioNya tidak berhenti sampai disitu. Ada yang lebih indah menanti mereka di depan sana. Hanya perlu pasrah dan bertawakkal, terhadap janjiNya yang selalu pasti.
Apa yang akan terjadi jika daun-daun itu menyalahkan angin? Tentu ia hanya akan meratapi diri, tenggelam dalam kesedihan dan merasa malu terhadap keadaan. Ia bersembunyi dibalik telunjuknya terhadap angin. Berkoyar-koyar kesana kemari, mencanang cerita bahawa anginlah yang menyebabkan kehidupannya berakhir dan menderita tanpa menjadi bermanfaat lagi bagi ekosistem kehidupan.
pepatah berkata " saat satu jari telunjuk diarahkan pada orang lain, maka empat jari lainnya mengarah pada diri kita sendiri."
Mungkin daun-daun itu memahami benar makna dari pepatah tersebut. Ia sadar bahwa dengan menyalahkan angin, ia tidak akan mendapatkan keuntungan apapun. Ia tetap akan dipandang sebagai daun yang gugur, tidak dapat berfotosintesis, dan hanya mengotori tanah. Namun ia mampu bangkit menatap masa depan, mereka memiliki harapan dengan berpikir positif terhadap takdir yang disuratkan olehNya. Kerana mereka yakin bahawa di setiap kejadian pasti akan ada hikmahnya, termasuk gugurnya mereka diatas tanah. Mereka mencari dan terus mencari sehingga akhirnya menemukan hikmah yang tersembunyi disebalik takdir itu.
Tak ada kesedihan untuk menatap kehidupan setelah hembusan angin yang menyebabkan mereka gugur, kerana mereka tahu apa yang harus dilakukan. Tidak lagi bergantung pada batang, memohon pada akar, ataupun menyalahkan angin. Mereka hidup dengan penuh optimisme, yakin bahawa garis kehidupan mereka sudah dipersiapkan dengan sangat indah oleh Maha PenciptaNya. Hanya perlu bersabar, dan terus berusaha untuk menemukan babak yang diinginkannya, tanpa harus mengeluh ataupun menyalahkan keadaan.
Karena setiap makhlukNya yang terlahir ke dunia, tak lepas dari puzzle-puzzle yang terpisah, yang meminta dirungkai untuk menemukan kebahagiaan yang hakiki. Hanya perlu kembali menunjuk pada diri sendiri, seberapa kuatkah kita untuk berpegang teguh pada agamaNya?
Hebat kita mencorak kehidupan,namun sesungguhnya hidup tak pernah mencorak apa-apa utk kita..kerana Maha memiliki corak kehidupan ini adalah Maha Segala Sesuatu.






p/s: janji akan ku simpan daun yg telah kau berikan..

Tuesday, September 20, 2011

Punca Anak Derhaka

Sabda Rasulullah s.a.w.

"Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"

dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu SALAH...


Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita  CIUM atau PELUK mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka.Yang penting anak-anak harus dilatih SEMBAHYANG JEMAAH bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

 Anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya.
Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun suka.

Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.
Jangan kita tunjuk sikap yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan DOA kepada mereka".


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata," kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima". Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai.Akhirnya kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak apa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anak mereka kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung.

Kewajipan anak LELAKI, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Jadi,Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
Sebaliknyakewajipan  anak PEREMPUAN, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.
Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya tidak kenal dengan mentuanya. Menantunya berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail sedar di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.
Nabi Ismal berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.


Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak boleh.

Tips;


1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang paling
baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari
(Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat
daripada anak yang jarang dipeluk)


3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
(Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan.
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh.
 Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda.
Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya.


11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .
Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.
Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
 Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.






by Tengku Muhammad Kalmani As-Saifi













p/s : entah kenapa terkoyak rasa di hati kerana masa itu tidak dpt di putar lagi..mereka hanya 1..tiada pengganti walau pernah ada rasa benci. kembalilah..


nota kaki : ada yang tak enak di hati..

Sunday, July 24, 2011

i rindu u....

Bila i rindu..
i pandang ke arah yg gelap..
lepas tu i terus pejam mata cepat-cepat..
agar yg ada hanya kegelapan..
Bila da gelap tanpa sinaran cahaya..
lebih feel utk i nak berangankan u...

You.....
Bila i da pejam mata..
yg pertama i akan cuba bayangkan adalah wajah u..
bergetar jiwa i saat mata bertentang...
mungkinkah ini cinta?
i masih ingat lagi...
setiap lekuk penjuru wajah u...
setiap coretan benang di wajah u...
lambaian u...
haruman u....
u buat i semakin gilakan u...

Bila i rindu u...
i selalu bayangkan saat-saat indah bersama u..
saat i bersandar di bahu u..
sentuhan itu...
masih lagi terasa u...
hebat!
sentuhan itu membuatkan i semakin gila gila gila gilakan u..
u tahu tak...
sentuhan pertama itu...
masih terasa di dada ini...

You...
Setiap malam i harap mimpikan u..
Bila celik mata...
wajah u lah yg pertama i nak tatap...
betol u...
u x percaya ke?

You...
ingat lagi x saat kata cinta kita berkumandang?
masa tu...
i menangis teruk...
teresak-esak sambil tertunduk malu pada u..
nnt u nmpk menangis buruk taw..
tapi dalam hati...
melonjak gembira kerana ada u utk i..

You...
semenjak ada u...
setiap langkah i...
hanya berserah pada u..
u pimpimlah i ke jalan mana pun..
i redha u...
u buatlah apa pun pada i...
i suka u...

Sayang i betol-betol jatuh cinta dgn u...
i betol-betol rindu u...
i sumpah!
i akan rindu u sampai i mati....

Sayang,
walau kita terpisah berjuta-juta batu...
merentas beribu benua..
u tetap tersemat padu erat mampat dan padat di hati i...
i percaya satu hari nanti...
pasti kita akan berjumpa lagi...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Gambar u dari jauh..

dekat siket??


Tu u...
nak lagi dekat??


Rindunya u...

Ni pula gambar i dgn u..

Gambar i dgn u ni...
i tangkap lepas kita dating..
lepas i meredah segala rintangan...
hanya utk mengucup u puas-puas...
biar pun i hampir di pijak mereka yg lain...
i rela demi ciuman itu..
SUMPAH i rindu u.......





p/s: entri ini di update pada jam 4.38 am..walaupun mata sudah ala-ala pola bear..tapi masih gagah..hanya utk u..yg aku rindu..ayat mungkin berbunyi mengarut tapi sumpah! segalanya benar belaka..

saat pertama kali menatap rumah Allah ini...
getarannya...
dari hujung rambut ke hujung kaki terasa...
segenap sel dlm badan aku bersyukur...
kerana nikmat..
Sumpah indah!
lepas selesai tawaf pertama..
aku cuba untuk memegang kain yg menutupi kaabah..
tekstur kain mcm kain jeans..tebal...tapi cantik..
penuh dgn ukiran kalimah "tiada tuhan yg di sembah melainkan Allah"
aku belek setiap genap jatihan...
serius sgt teliti...
x semena-mena...
terasa basah di pipi...
aku menangis...
airmata dari hati...
x pernah aku rasa kan tangisan yg begitu..
lepas tu..
aku cium tapak tangan ku..
serius wangi...
belum lagi nak cerita wanginya rukun yamani dan hajarul aswad.
baca : saat cinta kita berkumandang(azan)
satu azan itu..
menggetar kan setiap genap hati..
tanpa perkataan yg dpt aku tulis ni..
teresak aku di subuh hari...
berserah hanya pada Dia..
segalanya aku rela saat itu..
sumpah!
aku rela..
jika saat itu di panggil pulang..
lemah longlai aku berserah...
sampai tertidur sendiri di situ..
rasa bersyukur kerana bangun masih ada lagi..
dan mampu ada di sini...
aku percaya Tuhan itu Maha Pemurah
aku mintalah berlori-lori kontena permintaan...
percayalah....
semua dia tunaikan kat situ jugak...
aku minta nak cium hajarul aswad...
dapat...
walaupun keadaan diri yg serba tidak sgt membesar...dan
meninggi...
aku hanya di bawah ketiak lautan manusia tu..
Dia bagi aku sentuh...
tatap...dan kucup lama-lama batu dari Syurga Dia tu...
syukur sgt...
sampai aku terpaksa merangkang keluar dari lautan manusia lepas tu...
Dasyattt superb! mereka semua..
Aku minta di beri kesihatan..
alhamdullilah..aku x saket pun sepanjang di sana dan setelah pulang...
aku minta di murahkan rezeki...
alhamdullillah...aku dpt interview company abah besar isnin nanti..
mungkin itulah rezeki..
jodoh??
doanya mungkin kedengaran lain..
dptnya pun lain mcm siket...(gelak guling-guling)
tapi di mana pun kita berada...
percayalah...
mintaklah...
mintaklah sampai kita dapat...sbb confrim sgt2...
Dia akan bagi punya!!



owh panjang nya p/s...penat..


zzzzzzzzz mish you taw...




ehh lupa cite..trip ini pada 15 may-27 may 2011..
da lamakan?
tapi tetap utuh dan masih rindu!!








Monday, June 20, 2011

Dajjal - Kenali Musuh Kita

Asal Usul Keluarganya


Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi.
Dia bukan Jin atau jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya,
“Minal Munzharin”, seperti halnya Nabi Isa as yang diangkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah Al-Munawwarah.

Ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk.
Hidungnya seperti Paruh Burung.
Sedangkan ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.

Menurut Imam Al-Barzanji, ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang dikenali dengan nama “Syaq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin.

Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhlus halus.
Lalu oleh Nabi Sulaiman as ia akhkirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
Walaubagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecilnya tidak diketahui dengan jelas.


Sifat Badannya


Hadis Huzaifah ra katanya, Rasulullah saw telah bersabda; “Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka."




Ada beberapa cirri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, di antaranya :


1. Seorang yang kelihatannya masih muda.
2. Berbadan besar dan agak kemerah-merahan.
3. Rambutnya kerinting dan tebal.
4. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.
5. Dan tandanya yang paling ketara sekali ialah :

Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang.
Kedua-dua matanya adalah cacat.
Tertulis di dahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa- Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.



Tempat Tinggal Sekarang

Menurut riwayat “Sahih Muslim”, Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama.
Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama “Al-Jassasah”.

Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah SWT untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.



Berapa lama akan hidup setelah kemunculannya??


Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama 40 hari sahaja.
Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun
dan hari ke-2 sama dengan sebulan
dan hari ke-3 sama dengan 1 minggu
dan hari-hari baki lagi sama seperti hari biasa.

Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.


Dalam hadis riwayat Muslim ada disebutkan:

     Kami bertanya, “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini?”

     Nabi saw menjawab, “Ia akan tinggal selama 40 hari.”
     “Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ke-3 seperti
      seminggu.Kemudian hari yang masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa.”


     Lalu kami bertanya lagi, “Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup
     bagi kami hanya sembah sehari sahaja? (iaitu 5 waktu sahaja)”


     Nabi Muhammad saw menjawab, “Tidak cukup, kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar
     yang bersesuaian bagi setiap sembahyang.”


Maksud sabda Rasulullah saw; Ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan mataharai seperti biasanya kita lakukan.

Misalnya sudah berlalu 7 jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor,
 maka hendaklah kita sembahyang Zohor,
 dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu 3 jam setengah misalnya,
 maka masuklah waktu Asar,
maka wajib kita sembahyang Asar dan begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib,
Isya’ dan Subuh.
Sehingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa 1 tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan.
Begitu juga pada hari ke-2 dan ke-3.



Fitnah Dajjal


Dajjal telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menguji umat ini.
Oleh kerana itu, Allah SWT memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Diantara kemampuan Dajjal ialah :


1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah SWT dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut.

Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun ke-2 akan kurang 2/3 dari biasa dan tahunke-3 tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu dajjal akan muncul membawa ujian.

Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan, “Hujanlah kamu di daerah ini!” Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur.


Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersekutu dengan Dajjal, mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.


Dalam hal ini, para sahabat Rasulullah saw bertanya, “Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari iru wahai Rasulullah?”

Nabi saw menjawab, “Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.”



2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:

Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama Syurga dan Neraka dan juga sungai air dan sungai api.
Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman umat Islam kerana hakikat yang benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan.
Apa yang dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakan Neraka itu adalah Syurga.



3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukkinya :

Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu.
Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atua lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometre dapat ditempuh dalam 1 jam.


Kami bertanya,”Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?”

Nabi saw menjawab, “Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al-Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” – HR Muslim.

Namum demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki 2 Bandar Suci umat Islam iaitu :

a) Makkah Al-Mukarramah
b) Madinah Al-Munawwarah



4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:

Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi Syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam as.




Wallahu’alam, sudah bersediakah kita sebagai umat Islam untuk menghadapi Dajjal?
FIKIRKANLAH....



~from the vid of dajjal by r7






note :


"اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ."

"Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal."

jgn tinggal doa ni sebelum salam selepas tahyat akhir
InsyaAllah..
Perkongsian untuk muslimin dan muslimat.







p/s :1) credit to my " kak yan" i think you are "the one" with love~ 2) please do so if you want to copy this article..its not mine...its our's....  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...