Showing posts with label Tulisan Diari Tragis. Show all posts
Showing posts with label Tulisan Diari Tragis. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

Ruangan Bersarang.

Tuhan.
Tolong biarkan saja aku diam.
Tolong biarkan ia semakin layu.
Tolong biarkan saja sendu lama.



Entah apa yang bersarang di hati.
Benak yang berdetik dalam nafas.
Berat  mengukap rasa.
Lelah menahan di dada.
Entah apa yang berbicara di ruang jiwa.



Adakah ini ego atau dendam?
Maaf untuk bertanya.
Salah apa lagi pada aku?
Aku hanya mahu senyum seperti biasa.










p/s: aku biarkan saja mulut ini tertutup rapat, biarlah ia bersarang...

Tuesday, September 6, 2011

Bukan Aku tak Faham.

Salam lebaran,
masih ada walau kemeriahannya sudah reda..
memulakan rutin harian seperti sediakala..
membaca,menulis..
memahami,memahami dan terus memahami
untuk menjaga hati..
bukan aku tak faham..
cuma sengaja hati ini kaku utk tidak memahami bahasa tubuh itu.

Tahun pertama berpagi raya tanpa keluarga..
hanya berteman kauci dan tv..
mengajar aku erti syawal yang di nanti..
Kesempatan yang ada ku hulur kan senyuman..
buat saudara yg jauh..
yang lama ku tinggalkan..
banyak pula cerita..
bukan aku tak faham..
sedalam-dalamnya hati ni menangis
mengenang nasibmu..

Namun aku tahu engkau kuat..
engkau mampu..
kerana percayalah..
Ujian Tuhan tak mungkin melebihi dari kemampuan diri kita..
hanya yang mampu saja yg Tuhan uji sebegitu..
Dia Maha Pencipta..
Dia Maha Mengetahui..
segala kekuatan dan kelemahan kita..
kerana engkau cukup kuat
maka Tuhan pilih engkau utk di uji sedemikian..
Sesungguhnya Tuhan tidak mungkin akan sia-siakan kita
selagi kita bersyukur atas nikmat kurniaan pinjaman dunia ini..

Aku hanya anak kecil di pandangan mu..
namun tangan ku hulur pelukan yang engkau sambut..
bersabarlah..

Aku percaya yg di luar sana lebih besar dugaannya..
lebih perlu banyak bersabar..
Aku juga sedang bersabar..
dgn bahasa tubuh di hadapku..
bukan aku tak faham..
masak ranum sungguh aku dgn bahasa itu..
namun sekeping hati ini kaku..

Bungkam aku semalaman sendiri..
baru aku sedar yang pernah dulu aku pinta pada Tuhan
hati yg merelakan apa saja demi utk melihat senyuman dia..
mungkin sebab itu ia kaku..

Kaku tidak bermakna ia boneka
Kaku tidak bermakna aku tak faham..
Faham benar aku...

Luahkan dgn kata-kata bahasa tubuh itu..
nescaya aku sudah yakin dgn tindakan ku..
Moga Tuhan tuntun hati ini...
redha kehilangan kali ini buat selamanya..

Bukan aku tak faham..
cuma hati ini masih kaku..
penuh dgn rasa itu..

Bersabarlah pada yang terduga..
dugaan ini..
tanda ingatanNya terhadap kita..
syukur Ya Rahman...
namun apa pula tanda ingatan kita buat Dia?
Fikirkanlah....


Salam Syawal..






p/s : ini bahasa hati..adakah yg berani faham?


nota kaki : ye! saya kerja di pagi raya...
                

Sunday, July 17, 2011

#1 - Diari Tragis








Memejam tapi lena tak tiba..
lebih enak bersama si nifsu syaaban mungkin.
rasa rajin pulak tiba-tiba membelek si diari tragis..
"Tragis" tragedi + sedih + sadis..
tersenyum tapi ada yg membasahi pipi
saat melangkaui segala kenangan di setiap helai muka surat..
Saat itu..banyak juga karya yg tercipta..
terasa mcm nak berkongsi di sini..


diari itu

Diari itu telah hampir setahun aku simpan..
masih lagi tidak berhabuk..
cantik rapi..
sudah bersumpah tidak mahu menulis lagi di dalamnya
kerana segala tulisan hanya kepedihan dan rintihan..

Senyum.
Segala tulisan itu kenangan..
kerana dia sudah kembali memiliki senyuman ini.

Senyuman aku? pastilah lagi manis dari ini...








nota kaki : tiada yg lebih manis dari yg pertama..senyuman itu pengubat sakit ku..
              
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...