Manusia merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang paling mengagumkan dan penuh misteri.Yang bergelar manusia itu perlu tahu,setiap yang di rencana ,di tulis oleh Tuhan ada tujuanNya.Sesungguhnya percayalah tujuan penciptaan engkau bukanla untuk memusnahkan..
Tapi kenapalah lahiriah manusia yang aku kira di hadap ku ni..seperti ingin memusnahkan?
Bukan beribu sesalan yang harus didengar..Kerana sebesar kuman pun tiada sesalan di hati semuanya terhapus dgn redha ketentuanNya..Tidak harus di tepis beribu persoalan di minda..namun jawapan hanya pada kau. Ingat bukan kau seorang..Allah sentiasa ada bersama kau walaupun di saat engkau sedang berusaha memusnahkan..Dia sentiasa melihat engkau,aku dan kita semua..
Ini adalah bahasa manis aku yang paling mudah untuk di fahami..kau tak perlu membuka kamus untuk memahami maksud tersirat di sini,tiada apa pun yang di siratkan..Ini bukan ancaman..bukan ugutan meragut nyawa..bukan sekali entri untuk melempias amarah..bukan dan bukan..
Disini aku hanya mahu manusia pemusnah itu tahu..engkau akan berjaya jika dapat redha dari Allah SWT..
tahniah jika engkau sampai ke puncak kejayaan..
Tak! tak mungkin aku balas segala perbuatan kau..malah demi kebaikan engkau yang masih lagi rahsia dari pengetahuan..moga ada jalan yang terbaik terhindar dosa kamu..
Owh aku pernah dengar.."Tuhan itu maha pemurah,Dia akan ampunkan segala dosa yang kita lakukan,kecuali dosa kita sesama manusia" kalau kita berdosa pada Tuhan...pohonlah sebanyak mana keampunan dariNya..sesungguhnya Dia Maha Pemurah,Maha Penyayang,Maha segala Maha..Dia pasti akan memaafkan jika datang bersama taubatmu..Namun jika dosa itu sesama manusia...Aku sudah maafkan kamu..
Maaf ini ikhlas sumpah ini dari hati..Sesungguhnya Tuhan itu juga akan sentiasa ada bersama aku saat engkau cuba memusnahkan..kerana aku percaya Tuhan kita sama..kau kene ingat Dia Maha Adil, Maha Bijaksana,Maha Segala-segalanya!
Tapi ketahuilah aku bukan manusia sempurna..masih belum tebal tabah di hati.
adakalanya air itu masih tumpah ke lantai. |
ini kenyataannya yang harus disedari. |
aku maafkan kamu..mcm lirik lagu ye dak? haha
p/s : kamu tiada salahnya sayang,justeru aku senang bisa diuji demi mempertahankan posisi di hatimu..percayalah!
1 comment:
ape hal ni??
da nak mampos ke ape??
Post a Comment