Tuesday, March 29, 2011

Bawang punya Cerita..

Pernah x korang terfikir nak tanam bawang sendiri..haha mesti la x kan..bawang mudah aje nk di dapati di pasaraya dgn harga yg berpatutan..dan pernah x korang terfikir mcm mane nak tanam bawang? kalau kita tanam biji bawang..yg tumbuhnya nanti daun bawang..hmm...

Soalan ni sebenarnya di tujukan oleh kawan aku..masa lepak-lepak kat mamak tadi..Adus..da terlalu byk berfikir kawan aku tu...sampai hal bawang pun nk di fikirkan nya..tapi ok jugak..sbb aku x pernah terfikir pun pasal bawang yg sememangnya sangat berkait rapat dgn permakanan harian kita...

So, menurut pembacaan aku yg di bantu oleh en Google..Bawang di tanam di kawasan yg bertanah gembur atau pun sedikit berpasir menggunakan biji benih bawang yg terhasil daripada labu bawang.Labu bawang pula adalah bahagian bonjol kecil yg hujung daun bawang..dan ke biasaannya bawang akan berbuah dan masak ranum dalam masa 80-90 hari..Haa...kan pusing-pusing hal bawang jugak..kalau kita tanam bawang tu pulak jadilah daun bawang..
Kalau korang nak baca-bca lebih lanjut dan memahami pasal bawang ni..ce baca kat SINI..


ni cerita bawang merah..
klw bawang putih???
Dan umum memang da tersebar dan terkenalnya bawang dgn pelbagai khasiat..sekadar ingin berkongsi khasiat si bawang merah ni...



1. Dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman, seperti masuk angin, sembelit dan masalah cacing.

2. Dapat memperbaiki sistem peredaran darah dan mengelakkan radang limpa serta tekanan darah.

3. Sangat baik untuk memperbaiki sistem pernafasan

4. Dapat mengubati penyakit bengkak mata dan mengatasi masalah selaput putih dimata.

5. Dapat membantu meredakan bengkak pada bisul.

6. Dapat membangkitkan selera untuk anda yang kurang berselera untuk makan.

7. Dapat mengurangkan risiko dari masalah botak.



Tidak kurang juga ada yang berkongsi petua mengubati penyakit menggunakan bawang merah antaranya


1. Batuk

Bahan : Umbi bawang merah 4 gram, daun poko segar 4 gram, daun sembung segar 3 gram, herba pegagan segar 4 gram, buah adas 2 gram dan air 125 ml.

Cara pembuatan: Dipipis, dibuat infus atau pil. Cara pemakaian: Diminum sehari 1 kali, pagi hari 100 ml.



2. Kencing Manis

Bahan : Umbi bawang merah (dirajang) 4 gram, buah buncis (dirajang) 15 gram, daun salam (dirajang) 10 helai dan air 120 ml.

Cara pembuatan: Dibuat infus. Cara pemakaian: Diminum sehari 1 kali 100 ml.



3. Demam dan Perut Kembung pada Anak-anak

Bahan : Umbi bawang merah (potong tipis) secukupnya, minyak kelapa secukupnya, minyak kayu putih secukupnya.

Cara pembuatan: Diremas-remas. Cara pemakaian: Minyak tersebut dioleskan pada perut yang kembung, seluruh badan, kaki, dan tangan pada anak yang demam.





Semua petua ni bukan petua aku..tapi petua dia NI
Keberkesanannya hanya Tuhan yang tahu..kerana sesungguhnya Tuhan itu Maha Pemberi penyakit dan penyembuhnya..



Kesimpulannya, bawang memang sgt berjasa dalam kehidupan seharian tanpa kita sedari..dan tanpa pernah aku terutamanya terfikir mcm mane nak tanam bawang dan tumbesarannya...haha











p/s : untuk AJ si gila, segala persoalan di benak kau aku jawap dan kongsikan di belog ini..Sekian Terima Kasih.





nota kaki : apalah carita tentang bawang..ada sape2 nak dgr cerita tentang F? haha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...