Tuesday, March 26, 2013

Wahal Wanita Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim..
Betulkan aku jika penulisan ini ada salahnya..aku baru berlajar dan ingin berkongsi..


Muslimah,muslimat..adalah panggilan utk wanita beragama islam..Wahai kaum muslimah ku sayang,wanita adalah kunci kebaikan sesuatu umat.Wanita bagaikan batu bata pembangun generasi manusia.Jika baik kita, maka baiklah generasi, namun jika rosak, maka rosaklah la generasi.

Maka dengan itu, marilah kita semua menjadi wanita yang menjunjung tinggi amanah Allah SWT serta taat menjalankan sunnah Rasulullah SAW.

Allah menciptakan manusia dalam jenis wanita dn lelaki dengan memiliki kewajipan yang SAMA iaitu beribadah kepadaNya. Allah menempatkan wanita dn lelaki dlm kedudukan masing-masing..Di antaranya ialah lelaki di cipta utk menjadi pemimpin kpd wanita..mana kala wanita pula di ciptakan dgn nama Allah sebagai anggota dlm tubuh badannya..iaitu rahim..'ar-rahim' maha penyayang..ini membuktikan wanita itu ada sifat penyayang yg sgt tinggi dalam diri..kerana itulah wanita di gelar ibu, kerana itulah wanita menjadi tonggak semangat utk suami di medan perang..

Allah SWT berfirman :
"Dan lelaki itu tidaklah sama dengan perempuan......."
(Al-Imran : 36 )

Allah SWT telah memuliakan wanita dgn memerintahkan kita semua untuk menutup aurat.

Dari Abu Said Al-Khudri ra, Rasulullah SAW bersabda : "...berhati-hatilah dengan wanita, kerana wanita itu sendiri adalah fitnah dunia..."

Maka di turunkan perintah dari Allah SWT, untuk wanita menjaga kehormatan diri..dan adalah di wajibkan kepada kita untuk menutup aurat.

Allah SWT berfirman :
"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya..."

Rasulullah SAW menceritakan dalam peristiwa di angkat ke langit :
Wanita adalah makhluk Tuhan yang paling mudah masuk syurga, dan wanita juga adalah penghuni paling ramai dlm nereka..

Rasulullah SAW bersabda :
wanita jagalah solatmu, jagalah puasamu, jagalah auratmu, dan taatlah perintah ibu bapa atau yg sudah berkahwin, taatlah perintah suamimu..maka masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu yang mana kamu suka..

Mudah..ia terlalu mudah syurga untuk kita wahai muslimahku sayang..apa lagi yang bertabaruj untuk dunia? Sedangkan syurga itu begitu mudah untuk kamu?

Jangan...jangan kita semua juga perlu ingat..syurga itu Tuhan mudahkan untuk kita..knapa kita sering kali memilih jalan mudah ke neraka? Ingatlah wahai wanita, Rasulullah telah menyaksikan penghuni neraka itu sanagt ramai di kalangan wanita...

Ya Allah ampunkan la dosa-dosa kami..kembalikanlah kami ke jalan kemudahan untuk ke syurgaMu..jauhilah kami sejauh jauhnya dari nerakaMu..amin.

Janganlah kamu bersifat zalim, samaada pada diri sendiri atau sesama mahkluk, kerana Allah juga akan membalas kezaliman itu dengan kezaliman..[Habib Ali Zainal Abidin]

Selamatkanlah kami semua Allah...!





Tuesday, November 20, 2012

Dia sentiasa Ada..

Lama..niat ingin berlama disana..tapi di batalkan..
Bila ia terlalu lama..belum tentu menjanjikan bahagia..kini seringkali yg hadir hanya kecewa..nampak terlalu kental diluar,namun hati, deraiannya hanya Dia yang tahu...

Dia, ya Dia yang sentiasa Ada..terlalu hampir bersama,dekat,rapat...malah lebih dekat antara isi dan kuku..walau aku sering kali melalaikan Dia...Dia sentiasa ada mengubati lara..mengering darah kerana luka..mengembalikan keyakinan..memberi kekuatan..
sumber tenaga..

Kadang kala Dia berikan ruang...untuk mencari diri di dunia fana..dan aku akui, aku adalah selemah lemah kewujudan..kerana itu lah aku leka..leka yang memberi hadiah duka..ya aku berduka..tapi duka aku bukan kerana Dia..

Bila ia terlalu lama, sedikit demi sedikit ku kutip sisa duka, aku susun mengikut urutan episod..ini yakin ia hampir menjadi tembok batu..bila siap tembok batu ini...aku takkan benarkn sesiapa pn mengisi ruangnya..itu sumpah pada diri..biarlah di balik tembok aku simpan hanya Dia..

Di lelah sekian ini..aku penat, terlalu penat kerana tegar membiarkan engkau kejam yg menikam aku...sakit, terlalu sakit..bila engkau yg kejam itu bergelak sakan kerana kelemahan aku...engkau terlalu dgn ego dunia yg kau punya..kejam dgn cara engkau sendiri...ingat la, bukan engkau yg menongkat dunia..

Aku pernah syg, dan engkau terlalu tahu perkara itu...namun saat ini tersisa hanya benci yg memuncak! hanya Dia yg tahu..kerana aku sentiasa mngadu pada Dia, setiap detik kekejaman engkau!

Kerana Dia pencinta abadi..kerana Dia adalah pencipta Aku, engkau dan semua..
Ya aku selemah lemah kewujudan, maka aku biarkan Dia yang menguruskan engkau dengan caraNya sendiri...kerana Dia Maha Adil, lg Maha Bijaksana..

Aku sudah selesai..aku akan undur diri selamanya, selebihnya engkau uruskn lah dgn Tuhan.

Bagi yg lemah seperti aku, berdoalah! kerana itulah senjata pinjaman Dia pada kita..!
Dia sentiasa Ada..percayalah...

Wednesday, November 14, 2012

Garisan akhir dan mula

Ya! setiap apa yang bermula pasti akan berakhir..namun tidak semua yang berakhir itu akan bermula kembali..dan sesungguhnya kini kita semua sedang berdiri di antara garis akhir dan mula..
Akhirnya pada hari ini di mana segala buku catatan amalan kita akan di tutup dan di serahkan kepada yang Maha Esa, lalu di ganti dengan buku catatan amalan yang baru jika masih Dia izinkan dua malaikatNya utk menulis amalan kita semua..

Ada hadis sahih menyatakan, Rasulullah SAW menerangkan bahawa setiap manusia ada dua malaikat yang menulis amalnya.
 Satu berada di sebelah kanan dan satu lagi di sebelah kiri setiap manusia.
Malaikat   di sebelah kanan akan yang menulis amal kebaikan dan menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri,yang menulis amal jahat.

Setiap satu kebaikan ditulis dengan sepuluh kebaikan dan tiap satu kejahatan di tulis satu kejahatan sahaja.
Amal jahat tidak di tulis melainkan selepas di beri tempoh enam atau tujuh jam dengan arahan daripada malaikat sebelah kanan. Sekiranya orang yang melakukan kejahatan itu beristighfar memohon ampun daripada Allah dalam tempoh itu,maka kejahatan itu tidak akan di tulis.

Segalanya dengan izin Allah.

Apa saja yang bermula pasti akan berakhir..bila kita bekerja kita akan mula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 ptg..esk hari yang berakhir itu akan bermula kembali...ia mungkin sama dlm perhubungan..ada pertemuan,mungkin akan ada perpisahan..yang berpisah itu tidak mustahil untuk bersama kembali..namun satu yang pasti ia tidak sama seperti kehidupan...

Ia bermula dengan segumpal darah,di tiupkan roh,lalu kita berjanji setia..dan di benarkan meminjam jasad dan nyawa ini untuk melihat ,merasai,menjalani,mencari kehidupan di dunia fana yang penuh dugaan ini..Dan pasti akan berlaku, pinjaman itu di tarik kembali..saat itulah yang paling setiap manusia takuti ia adalah mati...Mati ialah pengakhiran yang kekal abadi,tiada yang mati itu akan hidup kembali..

Segalanya dengan izin Tuhan.


Di garisan akhir dan mula ini..aku khuatiri jika akhir ini adalah akhir abadi..
Sahabat, maafkanlah segala kesalahan aku terhadap kalian semua..aku pernah terleka..
Sesungguhnya dosa sesama manusia itu tiada ampunnya dari Tuhan melainkan dari semasa manusia.. Maafkan aku.

Salam Maal Hijrah 1434.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...