Friday, March 4, 2011

Sahabat yang sahabat

Kawan mmg mudah untuk di cari.Seminit dua berkenalan dia sudah bergelar kawan.Tapi antara berjuta lemon kawan tu..tidak semua mereka adalah sahabat.Yang akan menemani waktu susah mu,waktu malas mu,waktu runsing mu,waktu sakit mu,waktu gembira mu,waktu sedih mu,waktu kecewa mu,waktu bangun mu,waktu jatuhmu,waktu lapang mu, waktu sempit mu, waktu alpha mu..

Ada,aku percaya korang semua pasti ada sahabat utk menemani dalam pelbagai situasi di atas.Tapi antara mereka itu pula yang manakah sahabat yg benar-benar sahabat.

Sahabat
Yang sentiasa melindungimu walau tanpa engkau berbakti kepadanya
Yang sentiasa ingin mengambil berat tentang mu,tanpa minta di balas.
Yang menerima sesuatu darimu dgn baik dan senyuman walaupun ia sesuatu yg buruk.
Yang sentiasa akan mengingati kebaikanmu,dan sentiasa menghargai dan menyebutnya.
Yang sentiasa akan cuba menutup sesuatu yg tidak baik tentangmu.

Yang sentiasa berusaha sedaya uapaya untuk membantumu.
Yang menghulurkan bantuan tanpa di minta.
Yang sentiasa percaya dan akan menyokong kamu.
Yang sentiasa mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan
Yang sentiasa mengingatkan dan membantumu dalam menunaikan kewajipan.
Yang sentiasa melarang keras kamu melakukan maksiat
Yang sentiasa mendorong dan mendoakan kamu di dunia dan akhirat.



Aku? tidak mampu untk menilai diri sendiri samaada aku sudah baik utk menjadi sahabat yg benar-benar sahabat kepada sahabat-sahabatku.Namun untuk menangis bersama mereka aku selalu..dan untuk mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan mereka tak pernah aku lupa.

Cuma kadang kala aku akui,ada antara mereka yg aku abaikan.Kesibukan dunia.Tidak bertanya khabar tidak bermaksud di lupakan.Doaku sentiasa ada untuk sahabat semua.

Tulisan khas untuk mereka yang aku sayang!

1-Nur Fahmi Binti Azami
2-Mira Karmila Zahirah
3-Nor Atika Binti Hasamuddin
4-Nurul Hidayah Binti Basri
5-Emi Sara Ismail
6-Syazana Saharizan


Kalau ada nama yg tak senarai mungkin anda di senarai kan pada entri lain..ketawa. =)

muax muax muax syglah!














nota kaki : tidak lupa juga nak senaraikan nama F di sini..sbb syg dia jugak! haha aku gila!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...